Sebaik manapun sesuatu makanan itu, ia tetap akan memudaratkan kesihatan jika diambil secara "berlebihan" - Dr Andrew Weil

Wednesday, September 25, 2013

BOLEHKAH BERSENAM KETIKA SAKIT?




Bagi mereka yang sudah terbiasa bersenam setiap hari, mungkin mereka terasa janggal apabila tak dapat menjalankan rutin harian mereka. Tubuh badan berasa gatal-gatal ingin mengeluarkan peluh tetapi penjaga mahupun pasangan mereka melarang daripada melakukan senaman dan mencadang mereka untuk berehat sahaja. Di sini, terdapat beberapa jenis senaman yang boleh dilakukan walaupun ketika anda didalam keadaan yang kurang sihat. 


Bagi mereka yang mengalami sakit-sakit ringan seperti selsema, batuk-batuk mahupun sakit tekak, mereka boleh mengamalkan "low-intensity workout". Dengan kata lain, "low-intensity workout" ialah senaman yang tidak berat seperti angkat berat dan senam robik kerana ia memberi kesan buruk kepada sistem imunisasi badan atau sistem pernafasan badan. Jenis-jenis senaman "low-intensity workout" ialah seperti berjalan, tai-chi, yoga dan juga senaman air. 



Sakit belakang juga tak tidak menghalang daripada mereka untuk bersenam. Senaman yang dilakukan mestilah senaman yang tidak meberikan impak hentakan pada tulang belakang. Dengan ini, senaman kardivaskular amatlah dilarang sama sekali bagi mereka yang mempunyai masalah tulang belakang. Senaman yang boleh diamalkan mestilah berimpak rendah dan yang boleh melindungi daripada sakit belakang berlarutan. Antara jenis senamannya ialah berjalan, berenang, dan juga "planking". Berjalan merupakan jenis senaman yang ringan jika dibandingkan dengan berlari ataupun berjogging dan berenang merupakan jenis senaman yang boleh melindungi tulang belakang sekaligus membetulkan struktur tulang belakang. Bagi senaman "planking" pula ialah dengan meratakan badan di atas lantai seperti posisi tekan tubi tetapi secara statik. Senaman ini menguatkan otot yang menyokong tulang belakang sekaligus meredakan sakit itu. Namun begitu, posisi yang dilakukan hendaklah betul dengan betul-betul mendatar di atas lantai dan melakukan cara pernafasan yang betul.


Sakit bukanlah penghalang bagi diri kita untuk menjalani kehidupan yang sihat. Malahan, dengan melakukan senaman dengan cara yang betul, ia juga dapat membantu kita untuk memulihkan keadaan diri kita kembali sihat.

sumber: MLP Health

No comments:

Post a Comment