Sebaik manapun sesuatu makanan itu, ia tetap akan memudaratkan kesihatan jika diambil secara "berlebihan" - Dr Andrew Weil

Sunday, June 30, 2013

8 perkara JANGAN buat selepas makan



Tabiat pemakanan kita pada hari ini akan memberi kesan yang sangat besar apabila kita semakin berusia kelak. Apabila membabitkan soal makanan, sebenarnya banyak peraturan yang harus dipatuhi bagi memastikan kita kekal sihat dan terhindar dari pelbagai penyakit. Mungkin kita tidak sedar terdapat beberapa perkara yang dilakukan selepas makan akan memudaratkan tubuh badan kita. Berikut dikongsikan 8 larangan selepas makan yang baik untuk diamalkan bersama: 

1. Jangan makan buah-buahan

 
Makan buah-buahan sejurus selepas mengambil makanan berat akan menyebabkan perut kembung. Untuk pemakanan yang lebih sihat, buah-buahan boleh diambil 1 hingga 2 jam selepas makan atau seeloknya 1 jam sebelum makan.


Sunday, June 23, 2013

DIABETES SEBABKAN KEMATIAN MENGEJUT















KEMATIAN mengejut wartawan penyiaran NBC News, Tim Russert, 58, dan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail, 59, pada tahun 2008 memeranjatkan ramai orang.

Tidak terkecuali Ahli Parlimen Bukit Gantang, Roslan Shaharom, 50, dan penyanyi kumpulan nasyid Rabbani, Mohamad Asri Ibrahim, 40, pada tahun 2009.

Kesemua mereka meninggal dunia selepas mengalami serangan jantung.

Thursday, June 13, 2013

7 KEPENTINGAN AIR TERHADAP KESIHATAN



Air sememangnya keperluan di dalam hidupan harian kita. Dan semua orang sudah sedia maklum mengenainya. Dan saya pasti anda pun tahu 70% daripada kandungan badan kita terdiri daripada air bukan? Mari kita ketahui apakah keajaiban air dalam memberi kita kesihatan terhadap tubuh badan.


Wednesday, June 12, 2013

TEH BOLEH MEMBAWA PADAH?



Mengandungi bahan anti-oksida, teh sememangnya membawa pelbagai jenis kebaikan kepada kesihatan badan. Namun, tahukah anda bahawa pengambilan teh yang berlebihan boleh mengakibatkan kehilangan gigi serta tulang rapuh?

Kajian dari Universiti Glasgow juga mendapati bahawa lelaki yang meminum lebih daripada tujuh cawan teh sehari mengalami 50% risiko kanser prostat berbanding dengan lelaki yang mengambil jumlah teh yang kurang.

BAWANG PUTIH UNTUK KESIHATAN



Pasti ramai yang tidak suka dengan bawang putih terutamanya golongan remaja kerana baunya yang kurang menyenangkan.

Namun tahukah anda bahawa bawang putih ini mempunyai pelbagai kebaikan dan khasiat untuk kesihatan kita?

1)Mengurangkan risiko angin ahmar
Bawang putih mampu menghasilkan  oksida nitrik pada dinding saluran darah yang membantu untuk mengembang dan mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan angin ahmar.

Thursday, June 6, 2013

SENGGUGUT KETIKA HAID...



Bagi yang baru mengalami sakit senggugut, mereka mungkin tertanya-tanya apakah yang sebenarnya terjadi dan mengapa ianya terjadi? Emosi pasti terganggu. Saya ada beberapa info yang mungkin dapat membantu:

1. Kesakitan yang dirasai ketika datangnya haid adalah disebabkan oleh penguncupan dinding rahim yang amat kuat. Proses ini bertujuan bagi mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur dengan sedikit tisu daripada selaput endometrium. Darah ini perlu dikeluarkan melalui saluran pangkal rahim. Kebiasaannya, dinding rahim yang dimiliki oleh seorang gadis remaja masih sempit.

Tuesday, June 4, 2013

DISEBALIK SECAWAN KOPI...




Malam ini , membawa anak ke klinik panel kerana anak sakit telinga. Sambil  menunggu giliran, lalu terbaca artikel di dalam majalah InfoMed (April 2013). Salah satunya mengenai khasiat kopi (kafein). Dan sememangnya saya telah membiasakan diri minum kopi sejak sebulan dua yang lalu. Lalu ia  amat menarik perhatian saya yang gemar 'search' sebarang ilmu baru yang bermenafaat. Kita terus saja ke point yang utama...

Saturday, June 1, 2013

BOLEHKAH BERSENAM KETIKA SAKIT?



Bagi mereka yang sudah terbiasa bersenam setiap hari, mungkin mereka terasa janggal apabila tak dapat menjalankan rutin harian mereka. Tubuh badan berasa gatal-gatal ingin mengeluarkan peluh tetapi penjaga mahupun pasangan mereka melarang daripada melakukan senaman dan mencadang mereka untuk berehat sahaja. Di sini, terdapat beberapa jenis senaman yang boleh dilakukan walaupun ketika anda didalam keadaan yang kurang sihat.

KEBAIKAN BERJALAN KAKI .....



Dikongsikan di sini hasil kajian yang dijalankan oleh Mayo Foundation for Medical Educational Research (MFMER) berkaitan dengan faedah atau kebaikan berjalan setiap hari, yang begitu banyak sekali, di antaranya:

1. Badan manusia dijadikan atau dicipta oleh Yang Maha Pencipta memang untuk berjalan.