Sebaik manapun sesuatu makanan itu, ia tetap akan memudaratkan kesihatan jika diambil secara "berlebihan" - Dr Andrew Weil

Monday, July 15, 2013

BERSENAM KETIKA PUASA



MELAKUKAN aktiviti fizikal atau senaman pada bulan Ramadan mungkin kedengaran tidak masuk akal bagi sesetengah orang. Berdepan dengan cabaran tanpa makan dan minum hampir 14 jam sudah pun begitu mencabar ketahanan apatah lagi melibatkan diri dalam aktiviti fizikal.
Ramai juga yang mungkin beranggapan adalah lebih baik untuk menghentikan segala aktiviti fizikal seketika sehinggalah berakhirnya Ramadhan. Malah, pendapat seperti ini nampaknya munasabah memandangkan tubuh dikhuatiri akan kehilangan lebih banyak air jika menjalani latihan senaman. Jadi, adakah senaman digalakkan pada bulan puasa?

Sunday, July 14, 2013

PUASA DARI PERSPEKTIF KESIHATAN...



ALLAH SWT berfirman yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa. (al-Baqarah: 183).

Para ilmuwan menganggap berpuasa sebagai fenomena yang penting dan semula jadi, di mana kehidupan yang sempurna dan kesihatan yang baik tidak dapat diperoleh tanpa berpuasa. Apabila seseorang atau bahkan seekor haiwan tidak berpuasa, maka ia akan terjangkit berbagai macam penyakit.

Wednesday, July 3, 2013

6 BUAH-BUAHAN KEGEMARAN RASULULLAH S.A.W



Ada 6 jenis buah-buahan
yang selalu dimakan dan digemari Rasulullah. Pasti ada kebaikan di sebaliknya:



1.Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup. Orang arab selalu mencampurkan barli ke dalam talbiinah. Talbiinah ialah sejenis makanan masyarakat Arab menyerupai bubur atau susu. Ia lembut dan tidak membebankan perut.