Sebaik manapun sesuatu makanan itu, ia tetap akan memudaratkan kesihatan jika diambil secara "berlebihan" - Dr Andrew Weil

Wednesday, May 29, 2013

MISTERI DI SEBALIK INGIN KELIHATAN SEKSI....





Ramai yang tak tahu,terdapat pelbagai penyakit yang tersembunyi disebalik kasut tumit tinggi ini.  Kasut tumit tinggi direka untuk menolak/menonjolkan dada ke depan dan punggung ke belakang setiap kali wanita berjalan sehingga spina terkeluar daripada kedudukan asalnya dan menimbulkan masalah kesihatan bukan sahaja kaki tetapi keseluruhan badan.

Tuesday, May 28, 2013

MAKSIMUMKAN KHASIAT AIR TEH ANDA...





Tahukah anda?
khasiat air teh mampu dimaksimumkan dengan mencampurkan jus lemon atau jus limau kerana jus sitrus ini mampu meningkatkan penyerapan antioksidan yang sedia ada di dalam air teh.

Antioksidan ini perlu bagi melindungi badan daripada pelbagai jenis penyakit, kesan pencemaran dan melambatkan proses penuaan.

"Selamat mencuba!"


sumber: sitik's  via emel...

MITOS MAKAN MALAM



Pernahkah anda terdengar ura-ura yang mengatakan berat badan anda akan menaik dengan lebih mendadak sekiranya anda makan selepas 7 malam? Dengan itu, kita tidak digalakkan untuk makan di waktu malam dan ini mendorong kepada perut lapar di malam hari?


Apa yang dapat dikatakan ialah perkara ini adalah mitos sama sekali. Berat badan seseorang tidak mungkin akan menaik secara mendadak jika anda memakan makanan di waktu malam.


Tubuh badan kita adalah seperti sebuah kereta, di mana sebuah kereta memerlukan minyak untuk sentiasa berfungsi dengan sempurna. Sistem yang sama juga dapat diaplikasikan pada tubuh badan kita di mana tubuh badan kita memerlukan makanan untuk sentiasa berfungsi dan bertenaga. Dengan ini, kita tak boleh menghalang diri kita daripada memakan makanan di waktu malam jika perut kita kosong. Untuk menghasilkan tenaga untuk badan kita, makanan yang dimakan dan lemak-lemak akan dibakar supaya ia dapat menghasilkan tenaga untuk disalurkan kepada tubuh badan kita.


BERDIET DENGAN KENTANG...



Kombinasi kentang lenyek
diperap sos keju, kentang goreng berempah, kentang barbeku diperam krim masam dan kepingan chip kentang rangup, segala-galanya tentang kentang sangat menggemukkan. Benarkah begitu? Khasiat ubi kentang yang cukup terkenal dengan julukan ‘kacang bumi’ ini seringkali mengisi menu enak di restoran makanan segera, lantas membuatkan ramai beranggapan ia musuh diet yang patut dijauhi.




BERDIET DENGAN KENTANG
Jika kena pada gaya masakannya, pemakanan kentang mampu menggantikan makanan ruji seperti nasi dan roti. Pelbagai khasiat ubi kentang terhadap kualiti kesihatan telah ditemui, antaranya;


- Potassium, dua kali ganda berbanding pisang
- Vitamin C, sumber kedua selepas buah oren
- Vitamin B1, B2, B3
- Zat lysine untuk pertumbuhan badan dan otak
- Pembekal karbohidrat kompleks dan fiber kepada gula darah
- Pengawal tekanan darah
- Turut mengandungi protein dan zat besi


Tidak seperti buah-buahan sitrus, pengambilan vitamin C di dalam kentang tidak mudah hilang setelah dimasak kerana dikelilingi kanji dan sari pati. Justeru, kentang merupakan pilihan terbaik buat anda yang sedang mengatur pola pemakanan, lantaran kandungan nutrien yang mencukupi untuk tubuh badan. Namun begitu, ia perlu diambil dalam kuantiti yang tepat kerana kentang turut tergolong dalam kategori karbohidrat.


Dengan kadar
jumlah lemak di bawah paras 25%, pemakanan kentang mampu menghalang mendapan kolestrol di dalam lapisan pembuluh darah. Ini menjadikan sayuran ini begitu sempurna buat anda yang kekurangan gula dalam darah, tetapi menghidap penyakit darah tinggi. Selain itu, kentang turut menjamin sistem ketahanan badan, lantaran kandungan vitamin serta kalsium yang tinggi di dalamnya. Terdapat juga bahan di dalam isi kentang yang mampu meneutralkan virus carcinogens, dan dipercayai lebih efektif berbanding kacang soya. Kulitnya pula kaya dengan clorogenic polypherol, bagi membantu mengelakkan mutasi sel.


MITOS TINGGI LEMAK
Di sebalik gaya masakannya yang begitu versatil, ubi kentang turut berdepan krisis imej yang besar. Ramai yang beranggapan kentang mampu menggemukkan badan pabila melihatkan menu-menu tidak sihat seperti ‘french fries’, ‘potato chips’, kentang bakar dan sebagainya. Namun begitu, kentang sebenarnya cukup berkhasiat, malah turut tergolong sayuran yang bebas lemak. Yang membezakan nutrien dari hidangan berasaskan kentang hanyalah dari bagaimana cara anda menyediakannya.


Senipis-nipis kulitnya, disitulah tersembunyi nutrien penting untuk kesihatan. Jadi, usah dikupas kulit kentang, tetapi pelbagaikanlah gaya masakan anda seperti memanggang, melenyek, merebus, stim dan gril kerana ia begitu enak dimakan begitu sahaja.


TIP MEMILIH KENTANG
-Pilih yang berbau harum.
-Elakkan yang sudah ditumbuhi ‘mata’ atau berwarna hijau kelebaman.
-Carilah kentang segar dengan kulit yang tipis.
-Simpan kentang di tempat yang sejuk, gelap dan kering, sebaiknya di dalam beg kertas serta jauh dari simpanan bawang-bawang.
-Cahaya mentari mampu membuatnya bertukar kehijauan, manakala suhu di dalam peti sejuk menukar kanji kentang kepada gula.

sumber: dietcyberstore

MAKANAN YANG MENDATANGKAN BAHAYA....



Sering kali kita mendengar bahawa pemakanan yang sihat terdiri daripada mengamalkan makanan yang sihat terutamanya sayur-sayuran dan buah-buahan. Walaupun begitu, adakah kesemua jenis sayur dan buah ini baik untuk tubuh badan kita? Dan haruskah kita mengamalkan pengambilan sayur-sayuran itu setiap hari?


Bagi mereka yang gemar memakan sayur-sayuran dan buah-buahan, sudah pasti mereka pernah memakan biji benih dan biji buah-buahan itu sendiri. Kajian menunjukkan bahawa biji benih dan biji mengandungi sebuah bahan yang diberi nama amygdalin. Bahan ini jika pengambilannya diambil di dalam kuantiti yang banyak, ia akan menghasilkan hidrogen sianida yang mungkin akan berakhir dengan maut. Buah-buahan seperti epal, mangga dan pic mengandungi asid itu. Tetapi jika tertelan biji itu dengan cara tidak sengaja, ia tidak mendatangkan apa-apa bahaya kerana ia memerlukan amaun yang banyak untuk melakukan reaksi.


Selain itu, ubi kentang yang telah bertukar menjadi hijau juga mendatangkan bahaya. Warna hijau mula muncul di kulit ubi kentang ini terjadi kerana terlalu didedahkan kepada cahaya. Toksik mungkin telah terhasil di bahagian bawah kulit ubi kentang berwarna hijau itu. Jika individu termakan bahagian itu, ia mungkin mendatang kesan seperti sakit kepala, mual dan cepat letih. Hal ini boleh dielakkan melalui menyimpan ubi kentang di dalam tempat yang kering dan gelap.


Kacang merah mentah juga berbahaya kerana ia mengandungi toksin yang dipanggil lectins. Toksin ini akan mendatangkan kesan seperti mual, muntah-muntah dan perut memulas. Perkara ini boleh dielakkan dengan cara memasak kacang merah ini dulu. Ubi kayu merupakan salah satu makanan karbohidrat yang paling tinggi amaun pengambilannya di dunia. Akan tetapi, ubi kayu ini mengandungi cyanogenic glycosides secara semula jadi. Hal ini kerana asid itu bertujuan untuk melindungi tumbuhan. Langkah terbaik untuk membuang asid itu adalah dengan menjemur, merendamnya di dalam air ataupun memasaknya selepas dipetik.


Penting bagi kita untuk mengambil tahu jenis toksin dan asid yang wujud di dalam makanan kita dan apakah kesannya jika berlarutan. Dengan cara ini, kita dapat mengelakkan daripada perkara yang tidak diingini berlaku.

"Ilmu penyuluh jalan"

sumber: Kevin Zahri