Sebaik manapun sesuatu makanan itu, ia tetap akan memudaratkan kesihatan jika diambil secara "berlebihan" - Dr Andrew Weil

Sunday, November 10, 2013

HABIT HARIAN YANG MERANGSANG STRESS



Terdapat beberapa habit harian yang boleh merangsang dan menyebabkan stres, sama ada kita sedar atau pun tidak. Dengan menghindari atau menangani habit-habit ini, kadar stres seseorang itu dapat dikurangkan. Tidak dapat dinafikan, punca segala penyakit adalah stres kerana stres akan mengganggu sistem badan kita.

Di antara habit harian penyebab stres yang perlu diubah ialah:

1. Mengambil minuman untuk tenaga segera

Kajian yang dijalankan di University of Wisconsin, USA menunjukkan pelajar yang mengambil minuman untuk mendapat tenaga segera mengalami lebih stres dan mengganggu pembelajaran mereka. Ini kerana minuman tenaga segera mengandungi 3 kali ganda kafein berbanding air kopi biasa. Ini akan menyebabkan denyutan jantung menjadi cepat dan mengganggu tidur.

2. Menonton TV terlalu lama pada waktu petang

Menonton TV terlalu, iaitu melebihi 2 program atau berada melebihi 2 jam di depan TV pada waktu petang boleh menambah stres. Sebaik-baiknya, selepas menonton satu atau dua program TV, berjalan-jalan di keliling rumah atau melakukan senaman ringan selama 30 minit bagi membantu otak menangani stres dengan cara menambah pengeluaran norepinephrine iaitu bahan kimia di otak yang mampu mengurangkan stres.

3. Tidur lambat dan bangun terlalu awal


Bagi suri rumah atau ibu bekerja, yang perlu menguruskan rumahtangga sehingga terpaksa tidur lewat untuk memastikan urusan rumahtangga beres dan terpaksa pula bangun di awal pagi, selalunya mengalami stres kerana tidak cukup tidur. Ini menyebabkan badan tidak berapa bertindak terhadap kortisol iaitu hormon yang membantu mengawal atur sistem imun badan. Bagi menghindari stres, badan kita memerlukan tidur malam sekurang-kurangnya 6 jam bagi membolehkan badan membetulkan sistemnya semasa tidur dan berfungsi dengan normal. Tidur sekejap pada waktu siang sangat membantu menyegarkan badan yang letih, yang juga merupakan sunnah Nabi SAW.

4. Merokok

Orang yang cuba berhenti merokok tetapi masih mencuri-curi untuk merokok walaupun sekali sehari akan menyebabkan stres. Cara untuk mengelakkan ketagih merokok ini ialah dengan minum teh (terutamanya teh hijau). Teh mengandungi L-theanine yang tinggi, iaitu sejenis asid amino yang mampu menggalakkan rasa tenang. Selain itu, stres rasa nak merokok boleh dikurangkan dengan melakukan senaman ringan atau aktiviti fizikal yang lain, termasuklah yoga, tarik nafas panjang, dsb.

5. Makanan ringan

Pengambilan makanan ringan seperti coklat, kerepek, keropok, ais krim, dsb. adalah biasa bagi orang yang stres. Walaupun makanan yang banyak mengandungi lemak, garam dan gula ini boleh mengurangkan rasa stres, tetapi kesan buruknya, makanan ringan ini menyebabkan penambahan berat badan, diabetes Type-2, dan masalah kardiovaskular.

Di antara cara untuk mengurangkan pengambilan makanan ringan ini dengan mendengar muzik yang lembut dan perlahan atau bermain alat muzik yang diminati, yang mana boleh mengurangkan paras hormon stres, menurunkan tekanan darah dan memperlahankan kadar denyutan jantung. Bagi orang Islam, stres boleh dikurangkan dengan membaca al-Quran beserta maknanya dan berzikir dengan hati yang hadir.



Sumber

Friday, November 1, 2013

12 SEBAB MENGAPA HAID ANDA LEWAT

Risau sebab haid tidak datang? Kecuali anda memang merancang untuk hamil, haid yang lewat memang memeningkan kepala kebanyakan wanita.

Kehamilan adalah perkara pertama yang anda fikirkan sejurus haid anda lewat tetapi ia bukanlah satu-satunya sebab mengapa haid tidak datang. Dibawah terdapat 12 kemungkinan kenapa ia boleh terjadi: