Sebaik manapun sesuatu makanan itu, ia tetap akan memudaratkan kesihatan jika diambil secara "berlebihan" - Dr Andrew Weil

Friday, December 21, 2012

7 KEAJAIBAN AIRMATA....



Menangis ni selalu  dikaitkan dengan kaum hawa, atau kaum adam pun selalu juga?  Tak taulah saya...Tapi jangan dianggap remeh hal menangis ini kerana ada beberapa hal yang perlu anda ketahui....

Siapa kata  menangis tak ada gunanya?  Menangis yang lama memang boleh membuatkan  mata merah dan bengkak. Tapi jangan salah, menangis dan mengeluarkan air mata ternyata boleh  jadi ubat ajaib yang berguna bagi kesihatan tubuh dan fikiran.

Dikutip dari Beliefnet, ini dia 7 keajaiban yang boleh  anda dapatkan setelah menangis dan berair mata :



1. Membantu penglihatan
Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang,
jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang  boleh  membuat penglihatan menjadi kabur.

2. Membunuh bakteria

Tak perlu ubat titis mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibakteria alami. Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 persen bakteria-bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandung bakteria, hanya dalam 5 minit.

3. Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis boleh  menurunkan level depresi kerana dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali. Air mata yang dihasilkan dari kelakuan  menangis kerana emosi mengandung 24 persen protein albumin yang berguna dalam meregulasi sistem metabolisme tubuh dibanding air mata yang dihasilkan dari iritasi mata.

4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa studi tentang air mata dan menemukan bahwa air mata yang keluar dari hasil menangis kerana emosional ternyata mengandung racun.
Tapi jangan salah, keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahwa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkannya melalui  mata.

5. Mengurangi stres

Bagaimana menangis bisa mengurangi stres ? Air mata ternyata juga mengeluarkan hormon stres yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin.
Selain menurunkan level stres, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stres seperti tekanan darah tinggi.

6. Membangun komuniti
Selain baik untuk kesihatan fisik, menangis juga boleh  membantu seseorang membangun sebuah komuniti. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya di depan teman-temannya atau seseorang yang dapat  memberikan dukungan, dan hal ini boleh meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi.

7. Melegakan perasaan
Semua orang rasanya merasa demikian. Meskipun anda didera berbagai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega.
Setelah menangis, sistem limbik, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiranmu dengan cara  menangis, jangan dipendam kerana anda boleh  menangis meledak-ledak. Jadi, tidak apa-apa kalau anda menangis sesekali.

sumber: zilzaal

Thursday, December 20, 2012

7 KESAN SAMPINGAN MINUMAN SODA



Air bergas (soda) memang sedap, tambah pula kalau bubuh ais...di waktu panas terik pula.
Tapi di sebaliknya ada beberapa hal yang anda harus ketahui......



Selain mempunyai kandungan gula dan kalori yang tinggi, minuman soda (air gas) juga memberi kesan buruk kepada kesihatan badan. Kajian terkini menunjukkan pengambilan minuman soda (air gas) boleh menyebabkan pengumpulan lemak di keliling hati (hepa) dan otot rangka yang akhirnya akan membawa kepada diabetes.

Kajian juga menunjukkan minum air soda (air gas) setiap hari selama 6 bulan menyebabkan peningkatan trigliserid darah sebanyak 30% penambahan kolesterol darah sebanyak 11%.

Di antara kesan sampingan minuman soda (air gas) :

1. Asid fosforik
- Kandungan asid fosforik yang terdapat dalam minuman soda ini melemahkan tulang dan mereputkan gigi.

2. Pemanis tiruan berlebihan dalam minuman soda menyebabkan rasa ketagihan makan benda-benda manis.

3. Warna karamel
yang diperbuat daripada bahan kimia karamel tidak menambah kepada sebarang rasa, tetapi sebaliknya memberi kesan karsinogen.

4. Formaldehid yang terdapat dalam minuman soda, terutamanya minuman soda diet (rendah kalori), adalah karsinogen (bahan penyebab kanser).
Bahan ini tidak dicampurkan terus ke dalam minuman soda diet tetapi ia terhasil daripada penguraian aspartame yang menjadi salah satu bahan campuran minuman soda diet. Selepas minum air soda (air gas), sistem pencernaan akan menguraikan aspartame kepada dua bahan, iaitu asid amino dan metanol (atau dikenali juga sebagai asid formik atau formaldehid).

5. Sirap jagung tinggi fruktos
ialah bentuk pekat bagi gula fruktos yang berasal dari jagung yang terdapat dalam minuman soda. Ia meningkatkan kandungan lemak badan, kolesterol dan trigliserid serta membuatkan rasa lapar.

6. Potassium Benzoate
ialah pengawet yang terdapat dalam minuman soda. Bahan ini ialah pengawet yang boleh terurai menjadi benzene di dalam badan. Membiarkan air minuman soda terdedah di bawah matahari menyebabkan benzene ini menjadi karsinogen.

(karsinogen ialah agen-agen yang boleh mencetuskan pertumbuhan barah (kanser) dalam tisu hidup)

7. Pewarna makanan
yang terdapat dalam minuman soda boleh merosakkan fungsi otak, menjadi hiperaktif, masalah fokus kerana kekurangan kawalan impuls.





sumber: sitik's

Sunday, December 16, 2012

KHASIAT TEH CHAI...



Kini Teh ‘Chai” semakin popular di seluruh dunia, terutamanya di kalangan mereka yang mementingkan kesihatan diri.



Apa itu Teh “Chai”?


Teh Chai atau boleh juga dipanggil ‘Teh Berempah’ adalah air teh yang dicampur dengan pelbagai jenis rempah ratus yang dikatakan sangat bermanfaat dari segi kesihatan.

Berasal dari India sejak ribuan tahun dulu, kini teh chai semakin digemari sebagai teh tonik bagi kesihatan badan kerana ia membantu memperbaiki sistem penghadaman, meningkatkan sistem imun badan, anti-radang, anti-bakteria dan anti-kanser, di samping mempunyai ciri antioksidan dan boleh memberikan ketenangan jiwa kepada peminumnya.

Ramuan asas bagi teh chai ialah air teh hitam, halia, buah pelaga, jintan manis, bunga cengkih dan lada hitam. Namun begitu, rempah-ratus dan herba lain juga boleh ditambah ke dalam ramuan teh chai ini mengikut selera masing-masing.

Mari kita lihat kelebihan setiap bahan asas yang digunakan dalam ramuan teh chai yang menjadikannya sangat baik untuk kesihatan secara menyeluruh.

Teh hitam

Teh hitam banyak mengandungi antioksidan, membantu meningkatkan kolesterol HDL yang sihat, membantu mengekalkan jantung yang sihat, mempunyai sifat anti-virus, anti-kanser dan anti-radang.

Halia

Halia membantu sistem penghadaman, memperbaiki peredaran darah, membuang angin, meningkatkan sistem imun, mengurangkan keradangan terutamanya bagi warga tua yang mempunyai arthritis. Halia juga mempunyai ciri antioksidan yang boleh membantu melawan sel kanser.

Buah pelaga


Buah pelaga membantu merangsang sistem penghadaman dan sistem imun badan, penyahtoksikan badan dan memperbaiki peredaran darah, melawan alergi dalam sistem pernafasan, mengandungi ciri antioksidan dan anti-mikrob.

Kulit kayu manis

Kulit kayu manis bersifat panas dan baik untuk sistem penghadaman. Ia juga berfungsi membantu menseimbangkan gula dalam darah, selain mempunyai ciri antioksidan, anti-radang dan anti-bakteria.

Jintan manis

Jintan manis merupakan sumber antioksidan yang baik, selain daripada mengandungi vitamin C, potassium dan fiber, serta mempunyai ciri anti-kanser.

Bunga cengkih

Bunga cengkih berfungsi membantu sistem penghadaman, mempunyai ciri mengurangkan rasa kesakitan (terutamanya apabila sakit perut, gigi atau ulser) serta bertindak sebagai antiseptik.

Lada hitam

Kajian terkini menunjukkan lada hitam membantu metabolisma badan, terutamanya dalam mengawal pengumpulan lemak, membantu penghadaman, dan juga mempunyai ciri antioksidan dan anti-bakteria.


Ramuan Teh Chai Asas (buat sendiri)

Bahan rempah-ratus

5 sudu makan buah pelaga
2 sudu makan bunga cengkih
1 sudu makan jintan manis
5-8 batang kulit kayu manis (2″ panjang)
1/8 – 1/4 sudu teh biji lada hitam
2 kuntum bunga lawang
1 – 1 1/4 sudu teh halia kisar

Caranya :

1. Campurkan semua bahan di atas, kecuali halia kisar, dan panaskan dalam kuali dengan api yang perlahan selama lebih kurang 3 minit sehingga terbit bau.

2. Campurkan halia kisar dan kisar semua sekali.

3. Simpan dalam bekas bertutup di dalam peti sejuk, boleh tahan sehingga 4 bulan.

Cara membuat air minuman Teh Chai

1. Campurkan 1 cawan susu segar dengan 1 sudu makan ramuan rempah-ratus di atas, serta gula merah/perang atau madu secukup rasa dalam periuk kecil/bekas tahan api.

2. Panaskan dengan api perlahan sekejap sahaja, dan kemudian tutup api.

3. Tutup periuk/bekas dan biarkan sejuk selama 10 minit.

4. Campurkan dengan 2 cawan teh hitam, dan sekarang ia sedia untuk diminum.

** Nota: Boleh juga gunakan rempah ratus serbuk yang dijual di kedai mengikut sukatan dan kadar di atas.

Selamat mencuba…..


Sumber:  sitik's

Monday, December 10, 2012

PELBAGAI VARIETI BERAS




Padi
ialah tumbuhan monocot, Oryza sativa (Padi Asia) dan Oryza glaberrima (Padi Afrika), yang menghasilkan beras yang menjadi diet pembekal tenaga utama dunia (20%), dikuti oleh gandum (19%) dan jagung (5%). Beras menjadi makanan ruji bagi penduduk di Asia Timur, Asia Tenggara, Asia Selatan, Timur Tengah dan Hindia Barat.

Beras menjadi sumber karbohidrat (89%) dan fiber yang penting, protein (7%), lemak (4%), Vitamin (E dan B), di samping membekalkan mineral seperti magnesium, manganese, potassium, dan selenium. Beras pecah kulit (beras yang cuma melalui proses penggilingan padi pertama) mengandungi bran (dedak) yang baik untuk kesihatan kerana ia mengandungi vitamin dan bahan aktif yang membantu tubuh melawan pelbagai penyakit, seperti mikrob perut (Salmonella).




Secara amnya, beras boleh dikategorikan mengikut saiz, iaitu:

1. Beras pendek (saiz <5.2 mm panjang)
Beras ini berbentuk bulat dan pendek. Apabila dimasak, ia melekat kerana kandungan kanji yang tinggi.

Contoh:

a. Beras sushi (mutiara)

Beras ini mempunyai tekstur berkanji, sesuai untuk dibuat sushi yang terkenal di Jepun. Beras jenis ini juga digemari di Korea dan China.

b. Beras Arborio

Beras ini ditanam di Itali. Setelah dimasak, nasinya melekat antara satu sama lain. Beras ini memerlukan air yang banyak untuk dimasak kerana ia mengandungi kanji yang berlebihan.

c. Beras pulut

Beras ini berwarna susu. Sesuai untuk dibuat pulut, lemang, kuih-muih, dan lain-lain.


2. Beras sederhana panjang (saiz 5.2 – 6.0 mm panjang)

Beras ini lebih lebar daripada beras panjang dan nasi yang dihasilkan adalah lembut. Kebanyakan nasi putih yang kita makan hari-hari adalah jenis ini.

Contoh:

* Beras Calrose
* Beras Risotto
* Beras tempatan

3. Beras panjang (saiz >6.0 mm panjang)

Panjangnya 4 kali ganda daripada lebarnya. Apabila dimasak nasinya menjadi berderai, ringan dan lembut. Sangat sesuai untuk dibuat nasi beriani, nasi minyak, nasi bukhari, nasi Arab dan nasi tomato.

Contoh:

a. Beras Basmati

Beras Basmati ini ditanam di Pakistan dan India serta Amerika Syarikat. Ia mempunyai aroma yang enak. Setelah dimasak, nasinya tidak melekat, berderai dan tidak mudah patah. Sangat sesuai untuk dibuat nasi beriani, nasi minyak dan nasi bukhari.

b. Beras Jasmine

Ada varietinya yang dikenali sebagai beras wangi. Banyak ditanam di Thailand dan Amerika Syarikat. Berasnya panjang dan lembut setelah dimasak. Beras ini hampir menyerupai beras basmati.

c. Beras organik


Beras organik adalah jenis beras panjang yang bermutu tinggi dan sangat berkhasiat dengan kandungan karbohidrat yang rendah.


Terdapat lebih daripada 40,000 varieti beras di seluruh dunia. Secara amnya, semua varieti ini boleh dirangkumkan dan dikumpulkan kepada 4 varieti utama mengikut warnanya.



4 varieti beras mengikut warna adalah:

1. Beras putih

Beras biasa yang berwarna putih, ia melalui proses penggilingan bagi menjadikan warnanya putih dengan membuang dedak beras yang melekat pada bijinya.

* Mengandungi rendah lemak tepu, kolesterol, Naterium.

* Sumber yang baik bagi folate dan menganese.

2. Beras merah


Beras merah juga dikenali sebagai beras bario dan banyak ditanam di kawasan tanah tinggi Sarawak yang mempunyai beberapa khasiat, iaitu:

* Mempercepatkan pencernaan makanan.

* Menurunkan atau mengurangkan pengumpulan plak atherosclerotis disebabkan oleh kolesterol yang tinggi dalam diet.

* Dipercayai dapat menghindari barah.

3. Beras perang (coklat)


Beras perang ini adalah beras biasa tetapi ia tidak melalui proses pembersihan atau penggilingan kedua yang menghasilkan beras berserat tinggi yang baik untuk kesihatan dan mempunyai nilai nutrisi yang tinggi berbanding beras putih. Rasanya macam kekacang.

Contoh beras perang wangi ialah beras Wehani yang mempunyai aroma yang kuat.

4. Beras hitam/ungu

Beras hitam/ungu adalah sejenis beras pulut yang mempunyai pigmen warna anthocyanins dan tocols. Pigmen ini mempunyai antioksidan

sumber : sitik's

Wednesday, December 5, 2012

KELEBIHAN TIDUR DALAM GELAP...




    Ada orang suka tidur dalam sedikit terang, ada pula yang  suka tidur dalam gelap. Nabi menyuruh kita memadamkan lampu apabila tidur, bermakna nabi menyuruh tidur dalam gelap. Apa kelebihan tidur dalam gelap? Dari segi kesihatan?
Gelap (ketiadaan cahaya) akan merangsang pengeluaran hormon melatonin daripada prekursornya iaitu neurotransmitter serotonin. Seperti serotonin, melatonin juga memainkan peranan penting dalam menjaga kesihatan fizikal dan mental kita.

Bagaimanakah melatonin dihasilkan?
Apabila cahaya memasuki mata, sel fotoreseptor akan menukarkannya kepada impuls saraf dan dibawa melalui saraf optik ke otak untuk diproses bagi menghasilkan penglihatan. Di dalam otak, kelenjar (jasad) pineal mengawalatur pengeluaran melatonin.

Semasa siang hari, pengeluaran melatonin berada pada paras minimum, dan kandungan melatonin dalam darah juga adalah paling rendah. Sebaliknya, persekitaran gelap merangsang perubahan biokimia bagi meningkatkan pengeluaran melatonin dengan mendadak selepas 2 jam. Pada masa inilah kita berasa mengantuk, yang ini memberi isyarat masa untuk tidur dan merehatkan badan.

Puncak pengeluaran melatonin adalah pada waktu malam dan menurun pada waktu pagi. Oleh itu, tidur dalam gelap (tanpa membuka lampu) amat digalakkan bagi membolehkan badan kita mengekalkan paras melatonin yang secukupnya sepanjang malam.

Namun begitu, penghasilan melatonin akan berkurangan apabila umur semakin meningkat tua. Ini menyebabkan kebanyakan orang tua mempunyai masalah susah hendak tidur (insomnia), sukar tidur lena, mudah terjaga di tengah malam, dan sukar tidur semula selepas terjaga tengah malam.

Kenapa kita perlukan melatonin yang secukupnya?

Melatonin adalah penting bagi tubuh kita kerana ia memainkan peranan penting dalam mengawalatur fisiologi badan bagi menjaga kesihatan fizikal dan minda. Di antara fungsi melatonin ialah:

1. Mengawalatur tidur dan meningkatkan daya ingatan


Kajian menunjukkan pengambilan suplemen melatonin dengan dos 0.3 hingga 5.0 mg/hari dapat membantu tidur yang berkualiti (tidur lena). Ini bergantung kepada keperluan melatonin masing-masing. Sebaik-baiknya ambil suplemen melatonin ini 30 minit sebelum tidur supaya apabila kita tidur, suplemen ini telah dihadamkan dan mula berfungsi.

Pada amnya, terdapat kaitan rapat antara kekurangan melatonin dengan penyakit Alzheimer, dan melatonin juga dapat memperbaiki daya ingatan serta fungsi kognitif yang lain. Melatonin berupaya menghindari kerosakan otak dengan cara melindungi sel otak daripada mati.

2. Membantutkan pertumbuhan tumor kanser


Secara amnya, wanita buta mempunyai paras melatonin yang tinggi dan didapati risiko mendapat kanser payudara sangat rendah. Sebaliknya, wanita yang selalu bekerja sehingga larut malam atau selalu giliran bekerja malam, di mana mereka terdedah kepada cahaya lampu yang terang pada waktu malam dalam tempoh yang lama, berisiko mendapat kanser payudara 50% lebih tinggi berbanding wanita bekerja yang lain (kerja biasa pada waktu siang).

Justeru, jelas terdapat kaitan rapat antara kekurangan melatonin (disebabkan terdedah kepada cahaya yang terang pada waktu malam) dengan risiko mendapat kanser payu dara.

3. Memperbaiki sistem imun badan.

4. Mengawalatur tekanan darah.

5. Fisiologi retina.

6. Mengawal mood dan kelakuan


7. Sebagai antioksidan yang kuat bagi melawan radikal bebas dalam badan.

8. Mengawal proses penuaan. Kekurangan melatonin akan mempercepatkan proses penuaan.

Oleh kerana terdapat perkaitan rapat antara pengeluaran melatonin, di mana pengeluaran melatonin sangat kurang dalam cahaya terang, sebaik-baiknya kita elakkanlah penggunaan lampu yang terang dalam jangkamasa yang lama pada waktu malam (seperti semasa tidur malam). Ini bagi membolehkan melatonin menjalankan fungsinya dengan berkesan.


sumber: sitik's