Sebaik manapun sesuatu makanan itu, ia tetap akan memudaratkan kesihatan jika diambil secara "berlebihan" - Dr Andrew Weil

Sunday, July 22, 2012

TANDA AWAL JANTUNG TIDAK SIHAT





Terdapat 7 tanda atau penunjuk awal jantung tidak sihat yang boleh dikesan beberapa bulan atau tahun sebelum berlakunya serangan sakit jantung. Jika terdapat dua atau lebih tanda-tanda berikut, seseorang itu dinasihatkan untuk mendapat pemeriksaan kesihatan sebagai langkah awal untuk mengesan ada sesuatu yang tidak kena dengan kesihatan jantung.

7 tanda yang dimaksudkan ialah:

1. Masalah Seks
Tips awal yang baik bagi mengesan jantung tidak sihat ialah fenomena mati pucuk (ED - Erectile dysfunction).

2. Berdengkur, tidur apnea atau masalah pernafasan semasa tidur
Sukar bernafas semasa tidur biasanya menjadi penyebab kepada berdengkur, yang juga ada kaitannya dengan penyakit kardiovaskular. Tidur apnea (nafas berhenti seketika semasa tidur) berisiko tinggi mendapat penyakit kardiovaskular dan serangan sakit jantung (dalam tempoh 5 tahun).

3. Gusi sakit, bengkak atau berdarah
Simptom ini juga berkait dengan kardiovaskular. Ini kerana bakteria biasa yang terdapat pada gusi dan plak gigi berkumpul di dalam arteri koronari (jantung).

4. Bengkak kaki atau tapak kaki
Bengkak kaki ini dapat dikesan atau dirasakan apabila kasut mejadi ketat kerana pergelangan kaki dan jari kaki membengkak. Jika pakai stokin pula, ia akan meninggalkan kesan cerutan di kaki/betis selepas ditanggalkan. Ini disebabkan oleh retensi (ketegaran) bendalir badan iaitu salah satu daripada tanda penyakit arteri koronari, lemah jantung dan penyakit kardiovaskular lain.

Retensi bendalir ini terjadi apabila jantung tidak dapat mengepam darah dengan kuat, dengan itu darah tidak berupaya membawa hasil buangan badan keluar daripada tisu. Keadaan ini dikenali sebagai edema. Selalunya edema terdapat di kaki, jari dan tangan kerana bahagian-bahagian ini terletak jauh dari jantung di mana tekanan darahnya paling lemah.

5. Degupan jantung tak teratur (arrhythmin)
Degupan jantung tak teratur seperti degupan jantung tidak sekata, degupan terlalu cepat atau jantung berdebar merupakan tanda awal sesuatu yang tidak kena dengan sistem kardiovaskular yang boleh membawa kepada serangan sakit jantung atau strok.

Degupan jantung tak teratur (CAD) menghadkan aliran darah ke jantung dan menekan sistem elektrik yang mengawal kesekataan degupan jantung bagi pengepaman darah yang normal. Kesekataan degupan jantung ini boleh diketahui dengan mengukur aktiviti elektrik jantung (EKG). Ujian stres pula boleh digunakan bagi mengukur kadar degupan jantung semasa berjalan bagi mengetahui sama ada jantung kita mengepam darah secara normal.

6. Penyempitan atau sakit di dada atau sakit di bahu
Sakit dada atau angina merupakan simptom paling biasa bagi penyakit arteri koronari namun ia berbeza dengan serangan sakit jantung. Angina ialah rasa dada sempit atau ditekan terutamanya semasa menarik nafas, lebih rasa tekanan daripada rasa sakit. Rasa ketat dan sakit juga terasa di bahu, leher, rahang, lengan atau belakang atas (yang selalu juga disalahertikan dengan oton sakit atau kejang otot di kawasan tersebut).

Angina berlaku apabila plak berkumpul di dalam arteri koronari yang akan menekan otot jantung dan terasa macam diperah/ditekan. Sebaik-baiknya buat pemeriksaan doktor jika terdapat simptom ini.

7. Sesak nafas
Sesak nafas ini berlaku terutamanya semasa senaman, stres atau aktiviti fizikal yang lain. Sesak nafas adalah tanda awal penyakit berkaitan jantung atau paru-paru.

Sesak nafas terjadi apabila jantung tidak dapat mengepam darah dengan kuat menyebabkan kurang oksigen beredar dalam darah, akhirnya menyebabkan sesak nafas.




Sumber

Monday, July 9, 2012

HIDUP SIHAT DENGAN MENGAMALKAN SUNNAH



Amalkan sunnah maka hidup sihat menanti anda, benarkah?
 Tidak diragukan, Islam adalah agama yang mengajarkan hidup sihat. Jika selama ini ada slogan yang terkenal “pencegahan lebih baik dari pengubatan,” ternyata sejak empat belas abad yang lalu aplikasi dari slogan itu telah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam tanamkan kepada para shahabatnya. Mari perhatikan hal-hal berikut:


a) Menjaga kebersihan dan kesucian:

{ وَثِيَابَكَ فَطَهِّرْ} [المدثر: 4]

“Dan pakaianmu bersihkanlah.” (QS. Al Mudatstsir: 4).

Muhammad bin Sirin rahimahullah berkata:

{ وَثِيَابَكَ فَطَهِّرْ } أي: اغسلها بالماء.

“Maksud “Dan pakaianmu bersihkanlah” adalah basuhlah dengan air.”

Ibnu Zaid rahimahullah berkata:

كان المشركون لا يتطهرون، فأمره الله أن يتطهر، وأن يطهر ثيابه.

“Dahulu orang-orang musyrik kebiasaan mereka tidak bersuci, maka Allah memerintahkan agar bersuci dan membersihkan pakaiannya.” (Lihat tafsir Al Quran Al Azhim).

Berkata Ibnu Katsir rahimahullah: “Ini adalah pendapat yang dipilih oleh Ibnu Jarir, ayat ini mencakup seluruh perkara itu bersamaan dengan kesucian hati.”

 Lihat kitab Tafsir Al Quran Al Azhim di dalam ayat ini.

عَنْ أبي مالِكٍ الأشْعَريِّ – رضي الله عنه – قالَ :قالَ رسولُ الله – صلى الله عليه وسلم – : (( الطُّهورُ شَطْرُ الإيمانِ ،)). رواه مسلم

“Abu Malik Al Asy‘ary radhiyallahu ‘anhu berkata: “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bersuci adalah setengah dari keimanan” HR. Muslim

Ibnu Al Atsir rahimahullah berkata,

لأنَّ الإيمانَ يُطهِّر نجاسةَ الباطن والطَّهورَ يُطهِّر نجاسة الظاهر

“Kerana keimanan membersihkan kotoran batin dan bersuci dengan air membersihkan kotoran lahir.” (Lihat kitab An Nihayah Fi Gharib Al Hadits).

عن ابن عمر رضي الله عنهما أن رسول الله صلى الله عليه و سلم قال: طهروا هذه الأجساد طهركم الله فإنه ليس عبد يبيت طاهرا إلا بات معه ملك في شعاره لا ينقلب ساعة من الليل إلا قال : اللهم اغفر لعبدك فإنه بات طاهرا.

“Abdullah bin Umar radhiyallahu ‘anhuma berkata: “Bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bersihkanlah jasad-jasad ini semoga Allah membersihkan kalian, karena sesungguhnya tidaklah seorang hamba bermalam suatau malam dalam keadaan suci melainkan seorang malaikat akan bermalam bersamanya di dalam selimutnya,
 tidaklah dia bergerak pada suatu waktu dari malam melainkan malaikat itu berdoa: “Wahai Allah, ampunilah untuk hamba-Mu sesungguhnya dia tidur malam dalam keadaan suci.” (HR. Ath Thabrani dan dihasankan oleh Al Albani di dalam kitab shahih Al Jami’, no. 3936).

b) Mandi

عن أبي هريرة رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه و سلم قال « حَقٌّ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ أَنْ يَغْتَسِلَ فِى كُلِّ سَبْعَةِ أَيَّامٍ يَوْمًا يَغْسِلُ فِيهِ رَأْسَهُ وَجَسَدَهُ»

“Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu meriwayatkan bahwa Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Wajib bagi setiap muslim untuk mandi di setiap tujuh hari, sehari dia membasuh kepada dan badannya di dalamnya.” (HR. Ibnu Hibban dan Bukhari).

Maksud hadits adalah: suatu kelaziman dan keharusan bagi setiap muslim minimal dalam seminggu dia harus mandi membersihkan kotoran di tubuhnya dan kepalanya, dan yang dimaksud sehari disini adalah hari Jumat sebagaimana dalam beberapa riwayat seperti riwayat Imam Ahmad dan Ath Thahawy.

c) Menghilangkan kotoran, bakteri dan kuman
dengan memotong kuku, menghabiskan bulu ketiak, bulu kemaluan, berkhitan, menipiskan kumis

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ رضي الله عنه عَنِ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ « الْفِطْرَةُ خَمْسٌ – أَوْ خَمْسٌ مِنَ الْفِطْرَةِ – الْخِتَانُ وَالاِسْتِحْدَادُ وَتَقْلِيمُ الأَظْفَارِ وَنَتْفُ الإِبْطِ وَقَصُّ الشَّارِبِ»

“Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu meriwayatkan bahwa Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Fitrah ada lima atau lima perkara dari fitrah; berkhitan, menghabiskan bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan menipiskan kumis.” (HR. Bukhari dan Muslim).

Makna fitrah di dalam hadits adalah: asli penciptaan, agama, dan sunnah (syariat Islam).

Imam An Nawawi rahimahullah berkata,

. قَالَ النَّوَوِيّ وَتَفْسِير الْفِطْرَة هَاهُنَا بِالسُّنَّةِ هُوَ الصَّوَاب؛ لأنَّهُ وَرَدَ فِي رِوَايَة مِنْ السُّنَّة قَصُّ الشَّارِب وَنَتْف الإبِط وَتَقْلِيم الأظْفَار، وَأَصَحُّ مَا فُسِّرَ بِهِ غَرِيب الْحَدِيث تَفْسِيره بِمَا جَاءَ فِي رِوَايَة أُخْرَى اِنْتَهَى.

“Tafsiran Al Fithrah dengan makna As Sunnah adalah pendapat yang benar, kerana diriwayatkan dari sunnah bahwa menipiskan kumis, mencabut bulu ketiak atau memotong kuku-kuku, dan tafsiran yang paling benar di dalam menfsirkan kata-kata yang sing di dalam hadits adalah dengan riwayat lain.” Lihat kitab Hasyiyah As Suyuthi atas kitab Sunan An Nasai.

Maksudnya adalah siapa yang mengerjakan 5 hal ini maka dia atas keaslian yang Allah ciptakan atasnya dan perintahkan kepadanya, berkata As Suyuthi rahimahullah:

وَقَالَ أَبُو شَامَة أَصْل الْفِطْرَة الْخِلْقَة الْمُبْتَدَأَة ، وَالْمُرَاد بِهَا هُنَا أَنَّ هَذِهِ الأشْيَاء إِذَا فُعِلَتْ اِتَّصَفَ فَاعِلُهَا بِالْفِطْرَةِ الَّتِي فَطَرَ الله الْعِبَاد عَلَيْهَا وَحَثَّهُمْ عَلَيْهَا وَاسْتَحَبَّهَا لَهُمْ لِيَكُونُوا عَلَى أَكْمَل الصِّفَات وَأَشْرَفهَا صُورَة

“Berkata Abu Syamah: asal kata fithrah adalah ciptaan yang asal, dan maksudnya di dalam hadits ini adalah bahwa perkara ini jika dilakukan maka pelakunya telah bersifat fitrah yang Allah fithrahkan kepada hamba-hamba-Nya, dan perintahkan serta anjurkan untuk itu kepada mereka agar mereka berada dalam sifat yang sempurna dan rupa yang paling mulia.” Lihat kitab Hasyiyah As Suyuthi atas kitab Sunan An Nasai.

d) Mencuci tangan terutama setelah bangun tidur


عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ رضي الله عنه أَنَّ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ « إِذَا اسْتَيْقَظَ أَحَدُكُمْ مِنْ نَوْمِهِ فَلاَ يَغْمِسْ يَدَهُ فِى الإِنَاءِ حَتَّى يَغْسِلَهَا ثَلاَثًا فَإِنَّهُ لاَ يَدْرِى أَيْنَ بَاتَتْ يَدُهُ».

“Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu meriwayatkan bahwa Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Jika salah seorang dari kalian bangun dari tidurnya maka janganlah dia mencelupkan tangannya ke bejana sampai dia membasuhnya tiga kali, karena sesungguhnya dia tidak mengetahui dimanakah tangannya bermalam.” (HR. Muslim).

e) Pola dan tata cara makan

Perut sumber penyakit:

الْمِقْدَامَ بْنَ مَعْدِيكَرِبَ رضي الله عنه يَقُولُ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَقُولُ «مَا مَلأَ آدَمِىٌّ وِعَاءً شَرًّا مِنْ بَطْنٍ حَسْبُ الآدَمِىِّ لُقَيْمَاتٌ يُقِمْنَ صُلْبَهُ فَإِنْ غَلَبَتِ الآدَمِىَّ نَفْسُهُ فَثُلُثٌ لِلطَّعَامِ وَثُلُثٌ لِلشَّرَابِ وَثُلُثٌ لِلنَّفَسِ». ابن ماجه

“Al Miqdam bin Ma’dikarib radhiyallahu ‘anhu berkata: “Aku telah mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Tidaklah seorang manusia mengisi sebuah tempat yang lebih buruk daripada perut, cukuplah bagi seorang manusia beberapa suapan yang menegakkan punggungngya, dan jika hawa nafsunya mengalahkan manusia, maka 1/3 untuk makan dan 1/3 untuk minum dan 1/3 untuk bernafas.”
 HR. Ibnu Majah dan dishahihkan oleh Al Albani di dalam kitab Silsilat Al Ahadits Ash Shahihah, no. 2265.

Membagi minuman atau Bernafas ketika minum

عَنْ أَنَسٍ رضي الله عنه قَالَ كَانَ رَسُولُ الله -صلى الله عليه وسلم- يَتَنَفَّسُ فِى الشَّرَابِ ثَلاَثًا وَيَقُولُ « إِنَّهُ أَرْوَى وَأَبْرَأُ وَأَمْرَأُ»

Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu berkata: “Bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bernafas ketika minum sebanyak tiga kali, beliau bersabda: “Sesungguhnya ini lebih Arwa (menghilangkan haus), Abra (melepaskan penyakit) , Amra” (HR. Bukhari dan Muslim).

Bernafas ketika minum artinya adalah: ketika minum beliau bernafas, kemudian minum lagi kemudian bernafas kemudian minum lagi dan bernafasnya dilakukan diluar tempat minumnya.

Makna Arwa, Abra, Amra:


Berkata Al Mubarakfury rahimahullah:

قَالَ النَّوَوِيُّ مَعْنَى أَبْرَأُ أَيْ أَبْرَأُ مِنْ أَلَمِ الْعَطَشِ وَقِيلَ أَبْرَأُ أَيْ أَسْلَمَ مِنْ مَرَضٍ أَوْ أَذًى يَحْصُلُ بِسَبَبِ الشُّرْبِ فِي نَفْسٍ وَاحِدٍ انْتَهَى

وَقَالَ الْحَافِظُ فِي الْفَتْحِ أَبْرَأُ بِالْهَمْزِ مِنَ الْبَرَاءَةِ أو من البرء أي يبرىء مِنَ الْأَذَى وَالْعَطَشِ وَوَقَعَ فِي رِوَايَةِ أَبِي دَاوُدَ أَهْنَأُ بَدَلَ قَوْلِهِ أَرْوَى مِنَ الْهَنَأِ

قال والمعنى أنه يصير هنيا مريا بريا أَيْ سَالِمًا أَوْ مَبْرِيًّا مِنْ مَرَضٍ أَوْ عَطَشٍ وَيُؤْخَذُ مِنْ ذَلِكَ أَنَّهُ أَقْمَعُ لِلْعَطَشِ وَأَقْوَى عَلَى الْهَضْمِ وَأَقَلُّ أَثَرًا فِي ضَعْفِ الأعْضَاءِ وَبَرْدِ الْمَعِدَةِ.انْتَهَى كَلامُ الْحَافِظِ .

“An Nawawi berkata: “Makna Abra adalah lebih cepat sembuh dari penyakit bersin dan di katakan pendapat lain makna Abra adalah lebih selamat dari penyakit apapun atau gangguan apapun yang terjadi akibat minum dalam satu kali nafas.”

Al Hafizh di dalam kitab Al Fath berkata: “Abra dengan huruf hamzah di depannya berasal dari terlepas dari penyakit, pilek dan terdapat di dalam riwayat Abu Daud Ahnaa sebagai pengganti dari Arwa, yang berarti kenyamanan,”

Beliau juga berkata: “dan maknanya dia menjadi selamat atau terlepas dari penyakit atau pilek dan diambilkan dari itu bahwa dia kebih menghilangkan bersin dan lebih kuat untuk pencernaan dan lebih sedikit memberi pengaruh pada kelemahan anggota tubuh dan dinginnya lambung.” (Lihat kitab Tuhfat Al Ahwadzi).

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ وابن عباس- رضى الله عنهم – نَهَى النَّبِىُّ -صلى الله عليه وسلم- أَنْ يُشْرَبَ مِنْ فِى السِّقَاءِ.

“Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu dan Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma meriwayatkan bahwa Nabi Muhammad shalallallahu ‘alaihi wasallam melarang untuk minum dari mulut teko.” (HR. Bukhari).

Ditakutkan dari minum dengan cara seperti ini ada sebuah kotoran atau binatang yang keluar dari mulut teko tersebut tanpa diketahui sebelumnya, apalagi jika tekonya berwarna gelap atau tidak dapat dilihat apa yang ada di dalam teko tersebut.

Ayyub rahimahullah berkata:

فَأُنْبِئْتُ أَنَّ رَجُلاً شَرِبَ مِنْ فِى السِّقَاءِ فَخَرَجَتْ حَيَّةٌ.

“Aku pernah diceritakan bahwa seseorang minum dari mulut teko lalu yang keluar adalah ular.” (HR. Ahmad).

عَنْ أَبِى سَعِيدٍ الْخُدْرِىِّ رضي الله عنه أَنَّ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- نَهَى عَنِ النَّفْخِ فِى الشُّرْبِ. فَقَالَ رَجُلٌ الْقَذَاةُ أَرَاهَا فِى الإِنَاءِ قَالَ «أَهْرِقْهَا». قَالَ فَإِنِّى لاَ أَرْوَى مِنْ نَفَسٍ وَاحِدٍ قَالَ « فَأَبِنِ الْقَدَحَ إِذًا عَنْ فِيكَ».

“Abu Said Al Khudry radhiyallahu ‘anhu meriwayatkan bahwa Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam melarang untuk meniup di dalam minuman, maka seseorang berkata: “Ada kotoran yang aku lihat di dalam tempat minuman?”, beliau bersabda: “Tumpahkanlah dia”. Lalu lelaki itu berkata lagi: “Sesungguhnya aku tidak puas minum jika tidak dari satu nafas?”, beliau bersabda:“Kalau begitu, jauhkanlah teko dari mulutmu,”(HR. Tirmidzi).

Di dalam kitab Zaad Al Ma’ad karya Ibnu Qayyim Al Jauziyyah rahimahullah banyak sekali disebut gaya makan Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam, seperti:
minum madu yang sudah dicampur dengan air dingin
makan manisan dicampur dengan madu
menyukai daging unta, kambing, ayam, keledai liar, kelinci, sea food.
menyukai daging bakar
mencampur antara ruthab (kurma matang yang segar) dengan tamr (kurma kering)
makan kurma dengan roti
minum susu murni atau yang sudah dicampur
makan tembikai  dicampur dengan kurma ruthab
makan roti dicampur dengan cuka (cuka kurma)
dan lain-lainnya.

f) Memberus gigi dan membersihkan mulut

عَنْ عَائِشَةَ رضي الله عنها قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- «السِّوَاكُ مَطْهَرَةٌ لِلْفَمِ مَرْضَاةٌ لِلرَّبِّ».

“Aisyah radhiyallahu ‘anha berkata: ‘Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Siwak membesihkan mulut dan mendatangkan keridhaan untuk Rabb.” (HR. Ahmad dan dishahihkan oleh Al Albani di dalam kitab Shahih Al Jami’, 3695).

عَنْ أَبَي هُرَيْرَةَ – رضى الله عنه – أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – قَالَ «لَوْلاَ أَنْ أَشُقَّ عَلَى أُمَّتِى لأَمَرْتُهُمْ كل صلاة بوضوء ومع كل وضوء بِسِّوَاكِ»

“Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu meriwayatkan bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: 
“Jikalau aku tidak memberatkan atas umatkau maka aku akan perintahkan mereka untuk bersiwak setiap kali akan shalat dengan wudhu dan setiap kali wudhu.”
 (HR Ahmad dan dishahihkan oleh Al Albani di dalam kitab Shahih Al Jami’, no. 200).

g) Menutup tempat makanan dan minuman yang terisi

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ الله رضي الله عنه قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَقُولُ « غَطُّوا الإِنَاءَ وَأَوْكُوا السِّقَاءَ فَإِنَّ فِى السَّنَةِ لَيْلَةً يَنْزِلُ فِيهَا وَبَاءٌ لاَ يَمُرُّ بِإِنَاءٍ لَيْسَ عَلَيْهِ غِطَاءٌ أَوْ سِقَاءٍ لَيْسَ عَلَيْهِ وِكَاءٌ إِلاَّ نَزَلَ فِيهِ مِنْ ذَلِكَ الْوَبَاءِ ».

“Jabir radhiyallahu ‘anhu meriwayatkan bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Tutuplah tempat-tempat makanan, tempat-tempat minuman kerana sesungguhnya di dalam setahun ada sebuah malam yang turun di dalamnya wabah penyakit tidak dia melalui sebuah tempat makanan atau minuman yang tidak tertutup, atau tidak ada penghalang di atasnya melainkan turun di dalamnya dari wabah penyakit tersebut.” (HR. Muslim).

h) Menjaga kebersihan persekitaran

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ رضي الله عنه أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ «اتَّقُوا اللاَّعِنَيْنِ» قَالُوا وَمَا اللاَّعِنَانِ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ «الَّذِى يَتَخَلَّى فِى طَرِيقِ النَّاسِ أَوْ ظِلِّهِمْ»

“Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu meriwayatkan bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Jauhilah dua perkara yang mendatangkan laknat”, para shahabat radhiyallahu ‘anhu bertanya: “Apakah dua perkara yang mendatangkan laknat, wahai Rasulullah?”, beliau bersabda:“Yang buang hajat di jalan manusia atau di tempat berteduh mereka.”
 (HR. Abu Daud dan dishahihkan oleh Al Albani di dalam kitab Silsilat Al Ahadits Ash Shahihah, no. 2348).

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ رضي الله عنه عَنِ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ «لاَ يَبُولَنَّ أَحَدُكُمْ فِى الْمَاءِ الدَّائِمِ ثُمَّ يَغْتَسِلُ مِنْهُ».

“Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu meriwayatkan bahwa Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Janganlah salah seorang dari kalian sekali-kali pernah kencing di air yang menggenang kemudian dia mandi darinya.” (HR. Bukhari dan Muslim).

عن سعد رضي الله عنه يقول قال رسول االله صلى الله عليه وسلم (طهروا أفنيتكم فإن اليهود لا تطهر أفنيتها)

“Dari Sa’ad radhiyallahu ‘anhu berkata: “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bersihkanlah pekarangan kalian kerana sesungguhnya kaum yahudi tidak membersihkan pekarangan mereka.”
 (HR. Ath Tahbarani dan dihasankan di dalam kitab Shahih Al Jami’, no. 3935).

Kawan pembaca … Amalkan sunnah maka hidup sihat menanti Anda, dengan kehendak Allah Ta’ala.


sumber:
 Ditulis Sabtu, 5 Rabi’ul Awwal 1433H Dammam KSA.

Penulis: Ustadz Ahmad Zainuddin, LcArtikel Muslim.Or.Id




Sunday, July 8, 2012

AZAB SAKIT SENDI


  
  • Foto
    Gambar kecil, Zabedah Abd Rahman
  • Foto
    Selepas pembedahan tangan boleh diluruskan sepenuhnya.
Pembedahan mikro bantu pesakit gerak jari, tangan tanpa rasa sakit 

SEJAK 10 tahun lalu, Zabedah Abd Rahman, 67, sering mengalami bengkak dan sakit di tangan kanan, terutama pada bahagian jari telunjuk. Setiap kali membengkak dan sakit, Zabedah, ibu kepada tujuh cahaya mata ini lebih selesa menyapu minyak panas, berurut atau mendapatkan ubat di klinik kerajaan kerana kesakitan itu bersifat sementara.

“Saya terus bertahan sebab setiap kali berubat sendiri kesakitan itu berkurangan. Pernah hingga satu ketika, hendak buat kerja rumah pun azabnya hanya Allah saja yang tahu walaupun semudah membasuh beras. Malah, ketika bertemu tukang urut, dia mengesyaki jari tangan saya patah kerana ada bunyi seolah-olah tulang bergesel,” katanya ketika ditemui di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) baru-baru ini.
Cubaan Zabedah ke klinik kerajaan untuk mendapatkan pengesahan menerusi imbasan x-ray juga tidak berjaya sebaliknya dia diberikan ubat dan surat rujukan untuk ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjutan
Suri rumah sepenuh masa itu mengakui 10 tahun lalu, dia pernah terjatuh dan tidak melakukan apa-apa rawatan susulan. Disebabkan tiada 
kecederaan yang serius cuma rasa sakit yang kemudian hilang, Zabedah kembali melakukan kerja rumah seperti biasa.

“Cuma kalau buat kerja berat sedikit memang terasa sakitnya. Bila letak minyak, ia hilang. Bila tulang berbunyi, saya fikir ia patah sebab buat kerja pun sakit, jadi selepas buat x-ray dan disahkan ada masalah pada tangan kanan, doktor di hospital menyarankan pembedahan dilakukan. Oleh kerana saya tinggal berhampiran PPUKM, anak-anak mencadangkan pembedahan itu dilakukan di situ.
Di PPUKM, wanita yang berasal dari Jerantut, Pahang itu dirujuk kepada pakar ortopedik, tangan dan pembedahan mikro yang menjalankan pelbagai ujian sebelum memberikan beberapa pilihan rawatan. Menurut pakar, sendi jari Zabedah merosot akibat trauma yang dibiarkan sejak sekian lama sehingga rawan menjadi haus dan menjejaskan tulang. 

“Doktor kata, rawatan paling sesuai ialah pembedahan gantian sendi tangan yang agak rumit dan jarang dilakukan di negara ini. Menurut doktor, pembedahan ini mampu mengembalikan pergerakan secukupnya bagi membolehkan saya melakukan kerja harian tanpa rasa sakit. 

Sebagai orang tua, saya akui sangat takut dengan pembedahan, sebab itu saya ke klinik hanya bila sakit. Tetapi doktor dan anak-anak banyak memberi sokongan, menjelaskan dan meyakinkan dengan sebaik-baiknya apakah yang akan berlaku sebelum dan selepas pembedahan, manfaat pembedahan dan apakah pilihan yang ada sekiranya pembedahan gagal.

“Syukur alhamdulillah, selepas menjalani pembedahan pada Disember tahun lalu kini saya mampu menggerakkan jari serta tangan dan boleh melakukan kerja harian tanpa rasa sakit seperti yang dijanjikan pakar,” katanya. 

Pembedahan kaedah terbaik hilangkan kesakitan

“INI adalah penyakit yang lazim sampai ke pejabat saya,” demikian jelas Perunding Ortopedik, Tangan dan Pembedahan Mikro, Sunway Medical Centre, Dr Rajesh Singh kepada BH Ahad merujuk kes Zabedah baru-baru ini. 

Apabila terjatuh, kalau sendi lutut tercabut atau lari, pesakit akan menyedarinya dan terus mendapatkan rawatan. Sebaliknya bagi sendi tangan, apa yang biasa berlaku adalah jika sendi tercabut dari kedudukannya, ia akan kembali pada kedudukan asal, menyebabkan pesakit tidak menyedarinya. Mungkin ada lebam atau sakit seketika tetapi selepas itu berfungsi seperti biasa.

Jadi tulang berbunyi seperti yang didakwa Zabedah, sebenarnya kesan dua hujung tulang yang bergesel antara satu dengan lain. Pada hujung tulang ada rawan, jadi rawan itu sifatnya licin tetapi dalam keadaan ini ia sudah haus. 





“Perkara pertama yang saya jelaskan kepada pesakit adalah keputusan imbasan x-ray. Bukan saja ia haus, tetapi kedudukan sendi ini tidak selaras,” katanya. 


Punca utama kemerosotan sendi tulang tangan Zabedah adalah akibat kecederaan yang dibiarkan sekian lama. Terdapat dua penyebab arthritis pada tangan. Paling lazim di negara barat adalah rheumatoid arthritis, manakala biasa berlaku di kalangan masyarakat ASEAN trauma sendi. Jadi ketika membuat latihan di Australia, kami melakukan banyak gantian sendi bagi rheumatoid arthritis, sebaliknya di Malaysia sering membuat gantian sendi akibat trauma. Ini kerana trauma pada tangan sering dibiarkan begitu saja. Ia mungkin baik, tetapi 10 tahun kemudian pesakit mula diganggu kesakitan yang berulang.

Dalam keadaan ini empat kaedah rawatan boleh dilakukan; pertama, biarkan saja, kedua, rawat dengan ubat, ketiga, matikan sendi kecil yang kurang penting dan keempat, rawatan terbaru dengan memasang sendi besi gantian. 

“Ketika berbincang mengenai pilihan rawatan gantian sendi, terdapat juga sendi palsu dari jenis lama. Sendi jenis lama ini dari bahan seperti plastik yang tidak tahan lama (sekitar lima tahun). Sebab itu saya cuba pula pembedahan menggunakan jenis besi yang tahan lebih lama (sekitar 10 tahun), jadi ketika memutuskan untuk membuat pembedahan ini, saya janjikan satu perkara kepada pesakit iaitu sendi boleh bergerak cukup untuk keupayaan harian tanpa rasa sakit dan paling penting pesakit perlu faham mengapa pembedahan ini dilakukan,” katanya yang mengendalikan pembedahan itu di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) pada 24 Disember lalu. 

Beliau yang masih membuat lawatan PPUKM berkata, perkembangan pertama yang disedari selepas pembedahan, tangan tidak bengkak seperti sebelumnya. Malah pesakit boleh membengkokkan dan meluruskan jari sepenuhnya. 

Pembedahan ini berjaya apabila pesakit boleh menggerakkan sendi dan mengangkat barang yang agak berat tanpa sakit.

Pembedahan ini agak sukar dan memakan masa dua jam. Mengambil masa lama kerana keputusan yang dibuat ketika pembedahan meninggalkan kesan jangka panjang. Kerana itu juga tidak ramai pakar yang mampu melakukan pembedahan ini. 

Rumitnya pembedahan ini boleh diumpamakan seperti membaiki jam tangan. Perbezaan saiz alat gantian sendi tangan boleh dilihat apabila meletakkan alat itu bersama alat gantian lutut dan syiling 10 sen bersama. 

“Keupayaan teknikal diperlukan bagi melaksanakan gantian sendi akibat trauma sebenarnya lebih tinggi berbanding rheumatoid arthritis. Bagi memastikan ia sempurna, peralatan terbaik seperti mikroskop yang mampu memperbesarkan objek berkali ganda digunakan,” katanya. 

Pakar yang melakukan pembedahan gantian lutut atau pinggul tidak dapat melakukannya kerana mereka tidak dilatih untuk mengendalikan peralatan yang terlalu kecil. Pembedahan hanya dilakukan oleh pakar ortopedik tangan dan pembedahan mikro sahaja.

Disebabkan tiada buku panduan khas untuk gantian sendi selepas trauma pada tangan, semuanya perlu dipastikan sebelum menghabiskan masa yang lama untuk merancang dan membincangkan apakah cara terbaik untuk melakukannya kerana apa yang pesakit mahukan hanyalah satu pembedahan yang terbaik. 

Jelas Dr Rajesh, mendapatkan parut luar yang cantik memang mudah tetapi tidak untuk parut dalaman yang amat rumit dan memerlukan kepakaran tinggi. 

Teknologi gantian sendi kecil ini sudah mula berada di PPUKM sejak empat tahun lalu, namun ketika itu kosnya terlalu tinggi. Kerana itu tidak ramai memilih untuk menjalani pembedahan ini. Namun kini dengan usaha PPUKM dan bantuan beberapa agensi kerajaan seperti baitulmal, pesakit yang kurang berkemampuan kini punya pilihan untuk mendapatkan rawatan terbaik dan moden ini.

Sementara itu Pakar Bedah Ortopedik & Traumatologi PPUKM, Profesor Madya Dr Jamari Sapuan berkata, antara manfaat pembedahan ini adalah pesakit mendapat pergerakan yang bebas rasa sakit berbanding teknik cantum di mana pesakit akan hilang pergerakan. 

“Tidak banyak hospital mempunyai teknologi ini, malah hingga kini hanya dua pesakit yang berjaya mendapat manfaat daripada gantian sendi selepas trauma pada tangan,” katanya.

Kebanyakan pesakit takut dengan pembedahan, kerana itu mereka sanggup menahan sakit dan mengambil ubatan tradisional iaitu ubat yang kebanyakan mengandungi steroid. Jangan sewenang-wenangnya mengambil ubatan herba, rawatan alternatif dan seumpamanya kerana ubatan ini mengandungi steroid dan kita boleh lihat banyak kesan sampingan yang akhirnya memudaratkan pesakit terutama apabila usia pesakit semakin meningkat. 


sumber: 

Oleh Suzan Ahmad
suzan@bharian.com.my
1/7/2012



Tuesday, July 3, 2012

MAKANAN RENDAH LEMAK PUNCA OSTEOPOROSIS


Makanan rendah lemak punca Osteoporosis

Perbezaan tulang sihat (kiri) dan tulang mengalami osteoporosis. - Sumber Internet 

Ramai orang suka makan makanan tinggi karbohidrat berbanding dengan makanan berlemak. Ini kerana orang ramai menerima pakai saranan golongan pemakanan konvensional secara bulat-bulat iaitu makanan berlemak tinggi kalori, mudah meningkatkan berat badan dan meningkatkan kolesterol.

Hakikatnya ramai yang tidak tahu bahawa lemak jenis sihat membantu menjaga kesihatan dengan mencegah pembentukan keadaan kesihatan (health condition) negatif, memperlahankan kadar perkembangan penyakit tertentu dan menyembuhkan penyakit.

Kerana bimbang lemak tepu konon menimbulkan penyakit koronari maka ramai yang minum susu rendah lemak. Padahal susu penuh krim hanya mengandungi 4 peratus lemak. Ramai yang gemar membeli yogurt dengan kandungan lemak sifar (‘0’ peratus). Mereka memuji teknologi kerana berjaya mencipta yogurt yang bukan berasaskan lemak.

Ramai yang tidak suka makan makanan bersantan tetapi suka makan mentega tiruan berasaskan campuran minyak sayuran terhidrogenasi dan mentega susu asli.

Sebahagian orang meninggalkan makan telur kuning dengan alasan kerana kandungan kolesterol tinggi. Tidak kurang pula yang menjauhi makan ghee (minyak sapi tulen) atau mentega susu tulen. Mereka tidak tahu bahawa lemak yang menyihatkan ini membantu tubuh menyerap nutrien tidak larut air serta mengharmonikan fisiologi (fungsi organ sistem).

Lemak tepu memiliki struktur dan sifat kimia yang berbeza dari lemak tidak tepu. Lemak tepu tidak mempunyai ikatan ganda dua. Jadi ia memiliki tahap berasap (smoke point) yang tinggi dan tidak mudah rosak apabila dipanaskan berbanding dengan lemak tidak tepu yang memiliki ikatan ganda dua. Minyak sayuran kategori lemak poli tidak tepu seperti jagung, bunga matahari, safflower dan kacang soya mudah rosak ketika dipanaskan.

Radikal bebas dalam tubuh tidak mudah merosakkan lemak tepu kerana ia tidak memiliki ikatan ganda dua. Lemak poli tidak tepu merujuk kepada lemak yang mempunyai dua atau lebih (dari dua) ikatan ganda dua.

Ketidakseimbangan hormon

Doktor mencadangkan golongan berusia 40-an ke atas agar perlu lebih berhati-hati dengan pengambilan lemak terutama lemak tepu. Golongan perubatan moden sentiasa mengaitkan lemak tepu dengan peningkatan kolesterol darah dan seterusnya peningkatan risiko penyakit jantung koronari.
Makanan rendah lemak punca Osteoporosis 
Golongan wanita berusia 40-an ke atas lebih mudah mengalami osteoporosis berbanding lelaki. - Gambar hiasan 


Maka tidak hairanlah mengapa warga tua yang taksub kepada cadangan golongan perubatan moden agar mengurangkan pengambilan lemak mudah mengalami osteoporosis atau osteoporosis yang dalami semakin parah!

Osteoporosis lebih mudah dialami golongan wanita berbanding lelaki kerana wanita dikatakan mengalami ketidakseimbangan hormon estrogen dan progesteron.

Isi kelapa segar mengandungi fitosterol. Fitosterol ini dipercayai bertindak secara biokimia dalam tubuh wanita sama sepertimana tindakan pregnenolone. Dalam tubuh pregnenolone ialah bahan kimia pemula (precursor) kepada hormon lelaki dan wanita.

Oleh sebab fitosterol biasanya larut lemak maka santan dan minyak kelapa berkemungkinan besar mengandungi bahan ini.

Wanita di ambang menopaus atau yang telah mengalami menopaus boleh cuba mengambil santan dan minyak kelapa bagi membantu memperlahankan proses osteoporosis atau merawat osteoporosis.

Pertama kerana santan dan minyak kelapa membantu menyerap Kalsium dan Magnesium. Kedua kerana santan dan minyak kelapa berkemungkinan mengandungi fitosterol yang meniru sifat biokimia pregnenolone.

Golongan penyelidik dari Purdue University diketuai oleh Watkins BA melaporkan di ACOS Proceedings, Indiana (1996) dengan artikel berjudul Importance of Vitamin E in Bone Formation and in Chondrocyte Function mendapati asid linoleik yang rosak akibat serangan radikal bebas mengganggu proses pembinaan tulang.

Asid linoleik memiliki dua ikatan ganda dua dan digunakan sebagai penanda bahawa sesuatu jenis minyak adalah dalam kategori lemak poli tidak tepu. Minyak-minyak sayuran termasuk minyak jagung, bunga matahari, soya dan saffower adalah kategori lemak poli tidak tepu kerana ia mempunyai paras asid linoleik yang tinggi.

Watkins BA dan rakan mendapati aras vitamin E yang tinggi dalam minyak omega-6 menjaga sejenis mekanisme dalam pembinaan tulang dari gangguan radikal bebas. Mekanisme yang dimaksudkan ialah proses melibatkan penyimpanan Kalsium. Pada masa sama para penyelidik mendapati lemak tepu juga berupaya mencegah mekanisme tersebut daripada serangan radikal bebas sepertimana vitamin E.

Nilai nutrien

Untuk pengetahuan anda minyak sekam beras (rice bran oil) ialah sejenis minyak poli tidak tepu. Namun kandungan sejenis vitamin E di dalamnya dikenali sebagai gamma orezanol dipercayai menyebabkan ia tidak mudah rosak apabila dipanaskan.

Thailand adalah pengeluar terbesar minyak ini dan ia telah mula digunakan kebanyakan restoran terkemuka di Amerika Syarikat secara meluas.

Pemakan sayur-sayuran mudah mengalami osteoporosis terutama mereka yang menghindari daripada mengambil makanan berlemak sama ada lemak haiwan atau sayuran. Ramai yang tidak tahu bahawa lemak yang sihat iaitu lemak tepu diperlukan tubuh bagi menyerap kalsium dan magnesium di samping menyerap logam berat.

Osteoporosis menjadi lebih buruk apabila penghidap sering minum air bertapis menggunakan proses osmosis songsang. Bukan sahaja bebas daripada sebarang jenis mineral, malah pengambilannya secara berpanjangan dipercayai menarik keluar mineral asas untuk kekukuhan tulang seperti magnesium.

Pengambilan garam biasa juga dipercayai memburukkan osteoporosis. Ramai orang tidak tahu bahawa garam biasa kurang atau langsung tidak mengandungi mineral kelumit.

Mineral kelumit seperti yang terdapat dalam garam laut asli atau garam gunung purba dipercayai membantu menstabilkan paras pelbagai jenis mineral yang diperlukan tubuh.

Pengambilan gula, kopi dan alkohol secara berlebihan dikaitkan dengan risiko osteoporosis. Gula putih ialah sejenis pemanis yang tidak memiliki nilai nutrien yang sempurna. Pemprosesan menyebabkan ia tidak mengandungi vitamin dan mineral yang diperlukan untuk pertumbuhan tulang.

Sering makan ubat-ubatan moden, stres kronik berpanjangan, kuat merokok, makan berlebihan, makanan tinggi karbohidrat terproses juga mempercepat pereputan tulang. Kesemua faktor yang disebutkan mengurangkan Magnesium dari tubuh. Kesan akhir daripada ketidakseimbangan nisbah Kalsium-Magnesium ialah pereputan tulang.

Sumber: Sinar harian
              Baharain Samah