Sebaik manapun sesuatu makanan itu, ia tetap akan memudaratkan kesihatan jika diambil secara "berlebihan" - Dr Andrew Weil

Wednesday, May 29, 2013

MISTERI DI SEBALIK INGIN KELIHATAN SEKSI....





Ramai yang tak tahu,terdapat pelbagai penyakit yang tersembunyi disebalik kasut tumit tinggi ini.  Kasut tumit tinggi direka untuk menolak/menonjolkan dada ke depan dan punggung ke belakang setiap kali wanita berjalan sehingga spina terkeluar daripada kedudukan asalnya dan menimbulkan masalah kesihatan bukan sahaja kaki tetapi keseluruhan badan.


Jika memakai kasut tumit tinggi terlalu lama  akan menyebabkan kencing tidak lawas, masalah belakang dan tulang pinggul. Selain itu juga boleh menyebabkan kesakitan pada rahang ,leher dan kepala.

Kecenderungan ini boleh mengundang bahaya dan masalah kesihatan lebih-lebih lagi bagi wanita hamil.Ia juga boleh menjadi punca gangguan kitaran haid malah membawa kepada masalah kesuburan.

Semoga kaum wanita mengelak kasut tumit tinggi yang boleh menyelamatkan diri daripada mengalami pelbagai masalah kesihatan.

"Kongsikan dengan rakan2 jika anda rasa info ini berguna. "

Sumber : Utusan Malaysia
ARKIB : 09/05/2009 ,Tajuk : Kasut tumit tinggi bahaya - CAP

No comments:

Post a Comment