Sebaik manapun sesuatu makanan itu, ia tetap akan memudaratkan kesihatan jika diambil secara "berlebihan" - Dr Andrew Weil

Wednesday, September 4, 2013

APAKAH LEMAK TRANS?



Apakah  lemak dan minyak?




Lemak dan minyak adalah terdiri daripada asid lemak dan tergolong dalam keluarga lipid. Lemak biasanya berbentuk pepejal dalam suhu bilik seperti lemak haiwan, majerin, mentega, minyak sapi dan lepa susu. Manakala minyak pula berbentuk cecair dalam keadaan biasa seperti minyak sayuran dan kekacang.


Badan kita memerlukan lemak kerana sebahagian badan kita terdiri daripada lemak seperti otak dan hati. Lemak amat penting untuk menjaga organ dalaman, membentuk sel saraf, hormon dan sebagainya.





Apakah lemak trans?


Lemak trans terhasil daripada proses kimia iaitu penghidrogenan minyak sayuran yang asalnya cecair dalam suhu bilik kepada bentuk seakan kristal dan keras. Contoh makanan yang mengandungi lemak trans adalah shortening, majerin, biskut, makanan sejuk beku, donut, muffin, kentang goreng, pastri dan kopi 3 in 1.

Kenapa lemak trans membahayakan kesihatan?

Lemak trans ini akan meningkatkan paras LDL (kolestrol jahat) dan merendahkan paras HDL (kolestrol baik) dalam darah. LDL akan menyebabkan terjadinya pengumpulan plak pada dinding saluran darah seterusnya akan menyebabkan saluran darah tersumbat dan mengeras. Pada tahap ini, penyakit yang dikenali sebagai atherosclerosis akan datang tanpa kita sedari kerana proses ini berlaku dengan perlahan sehingga berpuluh tahun.


Simptom atherosclerosis hanya akan dapat dilihat setelah bekalan darah tidak dapat sampai ke bahagian organ tertentu. Sekiranya ia berlaku di jantung, kesannya adalah serangan sakit jantung. Jika bahagian yang terlibat adalah otak, maka pesakit akan mengalami strok. Begitulah seterusnya dengan bahagian leher, buah pinggang, mata, kaki, tangan dan dada.


Mengapa lemak trans terus dihasilkan?

Dalam industri makanan, pengilang memerlukan bahan yang cukup keras untuk menjadikan produk mereka tahan lebih lama, mempunyai rupa lebih menarik serta lebih rangup untuk dinikmati.
Oleh itu lemak trans digunakan untuk tujuan ini.

Apa yang perlu dilakukan?

Sentiasa membaca label pada bungkusan adalah tindakan yang bijak. Jika ada terjumpa perkataan seperti hydrogented vegetables/palm oil ataupun trans fat, cuba fikirkan kesan yang akan anda alami pada masa akan datang. Carilah produk yang bertulis no trans fat atau no hydrogenated vegetable oil.




Sumber rujukan:
http://lowfatcooking.about.com/od/faqs/f/hydrogenated.htm
http://www.webmd.com/cholesterol-management/ldl-cholesterol-the-bad-cholesterol

No comments:

Post a Comment