Sebaik manapun sesuatu makanan itu, ia tetap akan memudaratkan kesihatan jika diambil secara "berlebihan" - Dr Andrew Weil

Wednesday, June 12, 2013

BAWANG PUTIH UNTUK KESIHATAN



Pasti ramai yang tidak suka dengan bawang putih terutamanya golongan remaja kerana baunya yang kurang menyenangkan.

Namun tahukah anda bahawa bawang putih ini mempunyai pelbagai kebaikan dan khasiat untuk kesihatan kita?

1)Mengurangkan risiko angin ahmar
Bawang putih mampu menghasilkan  oksida nitrik pada dinding saluran darah yang membantu untuk mengembang dan mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan angin ahmar.

Thursday, June 6, 2013

SENGGUGUT KETIKA HAID...



Bagi yang baru mengalami sakit senggugut, mereka mungkin tertanya-tanya apakah yang sebenarnya terjadi dan mengapa ianya terjadi? Emosi pasti terganggu. Saya ada beberapa info yang mungkin dapat membantu:

1. Kesakitan yang dirasai ketika datangnya haid adalah disebabkan oleh penguncupan dinding rahim yang amat kuat. Proses ini bertujuan bagi mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur dengan sedikit tisu daripada selaput endometrium. Darah ini perlu dikeluarkan melalui saluran pangkal rahim. Kebiasaannya, dinding rahim yang dimiliki oleh seorang gadis remaja masih sempit.

Tuesday, June 4, 2013

DISEBALIK SECAWAN KOPI...




Malam ini , membawa anak ke klinik panel kerana anak sakit telinga. Sambil  menunggu giliran, lalu terbaca artikel di dalam majalah InfoMed (April 2013). Salah satunya mengenai khasiat kopi (kafein). Dan sememangnya saya telah membiasakan diri minum kopi sejak sebulan dua yang lalu. Lalu ia  amat menarik perhatian saya yang gemar 'search' sebarang ilmu baru yang bermenafaat. Kita terus saja ke point yang utama...

Saturday, June 1, 2013

BOLEHKAH BERSENAM KETIKA SAKIT?



Bagi mereka yang sudah terbiasa bersenam setiap hari, mungkin mereka terasa janggal apabila tak dapat menjalankan rutin harian mereka. Tubuh badan berasa gatal-gatal ingin mengeluarkan peluh tetapi penjaga mahupun pasangan mereka melarang daripada melakukan senaman dan mencadang mereka untuk berehat sahaja. Di sini, terdapat beberapa jenis senaman yang boleh dilakukan walaupun ketika anda didalam keadaan yang kurang sihat.

KEBAIKAN BERJALAN KAKI .....



Dikongsikan di sini hasil kajian yang dijalankan oleh Mayo Foundation for Medical Educational Research (MFMER) berkaitan dengan faedah atau kebaikan berjalan setiap hari, yang begitu banyak sekali, di antaranya:

1. Badan manusia dijadikan atau dicipta oleh Yang Maha Pencipta memang untuk berjalan.