Sebaik manapun sesuatu makanan itu, ia tetap akan memudaratkan kesihatan jika diambil secara "berlebihan" - Dr Andrew Weil

Sunday, June 1, 2014

MATA BUTA DISERANG STROK


http://dwnkosmik.dbp.my/wordpress/wp-content/uploads/2012/08/blindness.jpg
TIDAK keterlaluan jika dianggarkan terdapat sekurang-kurangnya seorang pesakit strok di setiap kampung atau pekan.


Di Amerika dan Britain, dilaporkan terdapat 22 kejadian kes strok bagi setiap 10 ribu orang penduduk. Hal ini bermakna bahawa terdapat 700 ribu orang pesakit strok setiap tahun. Secara purata, ada satu kejadian serangan strok bagi setiap 45 saat. Angka ini agak menakutkan.


Gejala penyakit strok atau angin ahmar merupakan manifestasi bahagian tertentu otak untuk berfungsi. Otak merupakan cip tercanggih tanpa sebarang saingan hinggalah hari ini. Pelbagai maklumat sedar atau tanpa sedar disimpan dengan rapi dan digunakan apabila diperlukan.



Bahagian tertentu otak mengawal fungsi tertentu badan manusia. Sel otak ini berfungsi sempurna jika aliran darah yang kaya dengan nutrien dan oksigen mengalir dengan baik. Aliran darah juga memastikan bahan kumuhan sel otak dialirkan keluar sebagai bahan kumuhan daripada badan.


Bayangkan apa-apa yang berlaku jika pengaliran darah dua hala yang sempurna terganggu di suatu lokasi pada otak seseorang. Otak tidak lagi dapat berfungsi dan itulah angin ahmar.




Sumber:  Dewan Kosmik Julai 2012.

No comments:

Post a Comment