Sebaik manapun sesuatu makanan itu, ia tetap akan memudaratkan kesihatan jika diambil secara "berlebihan" - Dr Andrew Weil

Monday, March 17, 2014

KEBAIKAN JAGUNG DAN KANDUNGAN GIZINYA



Jagung adalah makanan kebiasaan yang dimakan oleh setiap individu. Kebiasaannya, jagung dimasak dengan cara merebus atau membakar. Di beberapa daerah di Indonesia, jagung sering dijadikan sebagai makanan alternatif untuk menggantikan nasi kerana ia mengandungi karbohidrat yang tinggi. Jagung kaya dengan serat, karbohidrat, vitamin B dan C, karoten, zat besi, magnesium, fosforus, omega 6, dan lemak tak tepu yang dapat membantu menurunkan kolesterol.




Dengan erti kata lain, jagung bukan sahaja dapat menjaga tubuh badan yang sihat dengan membekalkan pelbagai nutrient, malahan juga, ia sesuai dijadikan makanan bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Antara khasiat jagung adalah:

1. Boleh menurunkan berat badan

Jagung tidak menggemukkan. Malahan ia adalah salah satu cara untuk menurunkan berat badan bagi golongan obes. Serat kasar yang terdapat dalam jagung akan memberi rasa kenyang yang lebih lama dan sangat sesuai bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Hal ini kerana peranan jagung yang menggantikan nasi untuk membekalkan karbohidrat yang dapat memberi tenaga kepada seseorang individu.


2. Melancarkan air kencing

Adakah anda tahu bahawa jagung bole melancarkan perjalanan air kencing? Dalam sebatang jagung mengandungi kalium yang bersifat diuretik sehingga dapat menghindarkan daripada berlakunya iritasi kencing, sekaligus dapat melancarkan perjalanan air kencing ke saluran kencing. Ia juga dapat menurunkan kadar sakit urat dan mencegah pembentukan batu karang pada ginjal dan secara tidak langsung boleh mengelakkan dari penyakit batu karang.


3. Mencegah penyakit kanser

Dalam satu kajian yang dijalankan di Louisiana State University, individu yang gemar memakan jagung dikatakan sukar dan jarang untuk menghidap penyakit kanser seperti kanser usus besar, kanser payudara, dan kanser prostat. Hal ini adalah kerana kandungan betakaroten dan serat yang tinggi yang terkandung dalam jagung menyebabkan seseorang individu itu tidak akan menghidap penyakit kanser. Yang paling penting, jagung juga mengandungi protease inhibitor yang dapat mencegah pembentukan sel-sel kanser.


4. Jantung koronari

Jagung juga dipercayai boleh mencegah daripada penyakit jantung. Kajian dari Illionis State University menunjukkan bahawa individu yang menjalani diet rendah lemak yang setiap makanannya ditambah dengan 20 gram jagung setiap hari selama 6 minggu, kadar trigliserida mereka akan turun sehingga 13 peratus.

Trigliserida adalah sejenis lemak yang boleh menyebabkan penyakit jantung. Oleh itu, pengambilan jagung bukan sahaja dapat menurunkan berat badan, malah boleh mencegah daripada pembentukan lemak yang boleh menyababkan berlakunya serangan jantung. Selain itu, serat larut yang terkandung dalam jagung juga boleh menurunkan kadar kolesterol dalam darah. Kandungan asam folat dalam jagung juga dapat menurunkan kadar homosistein yang boleh mengakibatkan serangaan jantung jika kadarnya tinggi.


sumber:  http://health.mylaunchpad.com.my/diet-nutrition/article/articleid/463876/kebaikan-jagung-dan-kandungan-gizinya

No comments:

Post a Comment