Sebaik manapun sesuatu makanan itu, ia tetap akan memudaratkan kesihatan jika diambil secara "berlebihan" - Dr Andrew Weil

Tuesday, October 9, 2012

MAKANAN SIHAT DI LARUT MALAM....



Banyak orang takut nak makan  larut malam kerana kebanyakan menganggap bahawa makan lewat atau tengah malam, walaupun makanan ringan, akan menambah berat badan dengan cepat kerana selepas makan kita akan tidur. Anggapan ini ada benar dan ada salahnya. Sebenarnya ia bergantung kepada jenis dan jumlah kalori makanan ringan yang diambil, tidak kira waktu siang ataupun lewat malam.

Di sini  ada beberapa jenis makanan ringan (snek) yang dianggap makanan sihat yang boleh diambil lewat malam atau sebelum tidur. Makanan ringan ini bukan sahaja menghilangkan rasa lapar tetapi juga menyebabkan kita mudah tidur. Di antara makanan ringan yang sihat ini ialah:

1. Kraker gandum (whole-grain crackers)

Makanan ini mengandungi protein yang lebih sihat daripada karbohidrat, terutamanya jika sudah larut malam. Pastikan pilih kraker whole wheat (gandum tiada peluntur) bukan kraker jenis berkanji atau yang diperbuat daripada tepung gandum putih (yang dilunturkan warna asalnya).



2. Bijirin dengan susu rendah lemak

(cereal) yang diambil bersama susu rendah lemak sangat baik kerana ia mengandungi banyak fiber yang boleh mengenyangkan sampai pagi di samping memberikan sumber kalsium, vitamin D dan protein.



3. Roti sandwich gandum (whole-wheat)

Sandwich yang diperbuat daripada roti gandum (whole wheat) dengan daging tanpa lemak serta sedikit salad juga boleh diambil pada lewat malam jika terasa sangat lapar sehingga tidak boleh tidur.



4. Yogurt dengan buah-buahan

Yogurt mengandungi protein yang tinggi tetapi karbohidrat yang rendah, jadi ia sesuai dimakan waktu larut malam. Sebaik-baiknya ditambah dengan buah-buahan segar untuk antioksidan.



5. Coklat hitam

  Coklat hitam (coklat gelap) mengandungi antioksidan yang boleh membantu menurunkan tekanan darah bagi mereka yang mengidap penyakit darah tinggi (hipertensi). Selain itu, kandungan gulanya adalah lebih rendah berbanding dengan coklat bersusu. Walau bagaimanapun, janganlah diambil secara berlebihan, cukup sekadar 2 atau 3 ketul kecil saja.



6. Pisang


Mengandungi karbohidrat kompleks yang menyebabkan otak menghasilkan melatonin bagi memudahkan seseorang itu tidur, di samping dapat meningkatkan kadar insulin yang dihasilkan bagi membantu badan relaks (rehat). Kandungan potassium dan magnesium yang tinggi dalam pisang juga membantu otot rehat dan memudahkan tidur.



7. Smoothie beri biru (blueberry)


Smoothie buah-buahan, terutamanya blueberry, yang diperbuat daripada yogurt rendah lemak sebagai bahan asasnya adalah baik dijadikan salah satu makanan ringan pada waktu tengah malam. Ia boleh berfungsi sebagai probiotik jika ditambah yogurt dalam bentuk cecair kerana ia boleh membantu melancarkan sistem penghadaman semasa tidur.



8. Buah-buahan segar

Buah-buahan segar yang kurang manis, seperti nenas, berries, dsb., juga boleh dijadikan makanan ringan pada waktu lewat malam kerana ia boleh menghilangkan rasa lapar, sebagai antioksidan dan melancarkan sistem penghadaman semasa tidur. Buah-buahan segar ini boleh dimakan begitu saja atau dibuat jus.



9. Popcorn (bertih jagung)


Popcorn juga merupakan karbohidrat kompleks yang mudah hadam. Sebaik-baiknya makan popcorn tanpa mentega dan garam supaya kalorinya rendah yang mana sesuai untuk dimakan pada waktu lewat malam.



Selamat mencuba.....

sumber : sitik's

No comments:

Post a Comment