Sebaik manapun sesuatu makanan itu, ia tetap akan memudaratkan kesihatan jika diambil secara "berlebihan" - Dr Andrew Weil

Thursday, June 5, 2014

PERIA BAIK UNTUK PENGHIDAP KENCING MANIS



4 Jun – Apabila bercerita tentang buah peria pastinya ramai yang tidak menyukainya terutamanya golongan muda-mudi sekarang.

Peria atau nama saintifiknya Momordica charantia, adalah antara sayur yang paling mendapat perhatian pakar perubatan moden.

Meskipun rasanya yang pahit tidak digemari ramai, namun ia mempunyai banyak kebaikan. Antaranya khasiatnya ialah protein, lemak mineral, serat, karbohidrat, vitamin dan kalsium.

Peria ini juga bagus untuk mereka yang mengidap penyakit kencing manis, ini kerana peria elok diamalkan pengambilannya setiap hari kerana ia mengandungi insulin yang berfungsi mengawal kadar glukosa dalam darah.

Ia juga sesuai dijadikan jus minuman harian terutamanya sebelum sarapan.



 DAPATKAN TEH PERIA DI SINI!



sumber: https://my.entertainment.yahoo.com/news/peria-baik-untuk-penghidap-kencing-manis-025302448.html

Sunday, June 1, 2014

MATA BUTA DISERANG STROK


http://dwnkosmik.dbp.my/wordpress/wp-content/uploads/2012/08/blindness.jpg
TIDAK keterlaluan jika dianggarkan terdapat sekurang-kurangnya seorang pesakit strok di setiap kampung atau pekan.


Di Amerika dan Britain, dilaporkan terdapat 22 kejadian kes strok bagi setiap 10 ribu orang penduduk. Hal ini bermakna bahawa terdapat 700 ribu orang pesakit strok setiap tahun. Secara purata, ada satu kejadian serangan strok bagi setiap 45 saat. Angka ini agak menakutkan.


Gejala penyakit strok atau angin ahmar merupakan manifestasi bahagian tertentu otak untuk berfungsi. Otak merupakan cip tercanggih tanpa sebarang saingan hinggalah hari ini. Pelbagai maklumat sedar atau tanpa sedar disimpan dengan rapi dan digunakan apabila diperlukan.

Friday, April 18, 2014

KEBAIKAN DAN KELEBIHAN MEMELIHARA KUCING....





Mungkin kita semua tidak menyedari banyak faedah yang dapat diperolehi dengan membela dan menyayangi kucing. Jom kita sama-sama review manfaat membela kucing terhadap manusia.

BUAH PINGGANG KITA...





Apa Itu Buah Pinggang?


Buah pinggang adalah dua organ yang berbentuk seperti kacang dan sebesar genggaman tangan. Mereka membesar semasa kamu membesar. Buah pinggang kamu terletak di bahagian bawah belakang badan anda.

Wednesday, April 2, 2014

ELAK TIDUR SELEPAS MAKAN...



Anda pasti pernah mendengar nasihat, Jangan terus tidur selepas makan. Tidur selepas makan adalah tidak digalakkan sama sekali untuk mengekalkan kecergasan dan kecerdasan tubuh badan. Pada ruangan kali ini, saya ingin berkongsi sedikit info antara kesan negative tidur selepas makan.

Pertama, seperti yang kita ketahui, makanan mengambil masa untuk dihadam. Apa sahaja yang kita makan melalui mulut haruslah dihadam terlebih dahulu di dalam tubuh badan. Apabila kita tidur sebaik sahaja selepas makan,dalam posisi baring, ini sebenarnya melambatkan proses penghadaman.

KEAJAIBAN BUAH LEMON...



Buah lemon merupakan buah yang sangat kaya dengan zat anti bacteria, anti-virus, kalsium, magnesium, vitamin C, pectin dan limonene yang mampu untuk mengekalkan kekebalan tubuh dan juga untuk melawan infeksi. Tahukah anda bahawa buah lemon sangat baik untuk menurunkan berat badan? Sebenarnya buah lemon mempunyai manfaat yang dapat menurunkan berat badan kerana jus lemon dapat melancarkan sistem pencernaan kita serta bertindak sebagai pembersih hati. Berikut adalah antara kebaikan dan manfaat buah lemon:


Monday, March 17, 2014

KEBAIKAN JAGUNG DAN KANDUNGAN GIZINYA



Jagung adalah makanan kebiasaan yang dimakan oleh setiap individu. Kebiasaannya, jagung dimasak dengan cara merebus atau membakar. Di beberapa daerah di Indonesia, jagung sering dijadikan sebagai makanan alternatif untuk menggantikan nasi kerana ia mengandungi karbohidrat yang tinggi. Jagung kaya dengan serat, karbohidrat, vitamin B dan C, karoten, zat besi, magnesium, fosforus, omega 6, dan lemak tak tepu yang dapat membantu menurunkan kolesterol.


JANGAN MINUM SAMBIL MAKAN





Perut adalah pusat kebanyakan penyakit. Kebanyakan pakar perubatan mempunyai pendapat yang sama bahawa banyak penyakit datang daripada tabiat pemakanan kita dan ubat yang paling mujarab untuk mencegah penyakit adalah dengan menjaga dan mengawal makan. Kebiasaannya, masalah yang melibatkan makanan yang dimakan dan bahagian dalam perut adalah masalah pencernaan.

KESAN DIET TINGGI PROTEIN


Kesan Diet Tinggi Protein

Protein adalah salah satu menu dalam makanan seimbang selain karbohidrat, lemak, fiber dan lain-lain. Pengambilan protein dicerna sama seperti makanan lain. Penghadaman dilakukan dan protein akan dipecahkan mengikut kepada zarah yang lebih kecil yang dipanggil asid amino. Diet tinggi protein amat popular dikalangan individu yang ingin mengurangkan berat badan kerana ia mungkin dapat membantu rasa kenyang yang lebih lama dan membantu menstabilkan paras gula dalam darah. Walaupun begitu, ia juga terdapat kesan yang tidak elok jika mengambilnya secara berlebihan. Tubuh manusia tidak boleh menyimpan protein yang berlebihan. Hal ini mungkin boleh menyumbang kepada beberapa perkara seperti berikut:-

Sunday, March 2, 2014

25 Horrible Things That Happen If You Don’t Get Enough Sleep



By: Lauren F Friedman
Mar. 1, 2014, 9:00 AM



In our 24/7 culture, sleep loss is a major problem. Back in 1942, we averaged almost 8 hours of sleep a night — now that’s down to 6.8. (Seven to 9 hours per night are what’s generally recommended.)

Almost 40% of Americans get less than 7 hours of sleep a night, a recent Gallup poll found, and an estimated 70 million Americans have a sleep disorder.

Everyone knows that it’s important to get enough sleep — but you may not realize just how many things can go wrong when you don’t.

Wednesday, February 26, 2014

JOGGING DAN ANDA...



Jogging bahayakan kesihatan?
Senaman perlu kerap dilakukan kerana ia adalah sebahagian daripada usaha yang dilakukan untuk mengekalkan kesihatan diri.

Dan ramai orang yang mahu sentiasa kelihatan segar dan sihat. Oleh itu, mereka berjogging. Bagaimanapun jogging bukan saja memberi banyak manfaat, ia juga boleh membahayakan.

Sunday, February 16, 2014

KURUS TANPA UBAT-UBATAN


Selalu kita mendengar, orang nak kurus, makan berbagai-bagai ubat atau supplemen, sehingga harganya mencecah ribuan ringgit. Tapi kali ni saya nak kongsikan tips kuruskan badan tanpa ubat-ubatan. Jom kita tengok:


1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasaannya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

Wednesday, February 12, 2014

TIROID : SIMPTOM DAN RAWATAN






Penyakit tiroid,
bagi yang tidak mengetahui kesannya mungkin akan menganggap penyakit ini sebagai penyakit remeh. Namun hakikat sebenar, penyakit tiroid ini merbahaya hingga boleh membawa maut pada si pengidap jika tidak dirawat dengan segera.

Thursday, February 6, 2014

7 TANDA JANTUNG BERMASALAH





Jantung merupakan salah satu organ tubuh pada manusia yang sangat vital. Kenapa sangat vital...???. Ini disebabkan, fungsi jantung yang merupakan organ pengepam  darah yang mengepam  darah keseluruh tubuh kita dan darah ini juga yang membawa nutrisi dan oksigen yang akan di distribusikan keseluruh tubuh. Tidak dapat  dibayangkan, ketika jantung tersebut sudah tidak berfungsi lagi ataupun tidak sihat lagi. Lalu, adakah tanda-tanda jantung kita sudah tidak sihat....???



Wednesday, February 5, 2014

TIPS AGAR TUBUH BADAN SENTIASA SIHAT





Memiliki tubuh yang sihat merupakan keinginan setiap orang termasuk anda. Dengan tetap sihat, maka aktiviti yang kita lakukan dapat  berjalan lancar dan sesuai dengan harapan kita. Dengan sihat pula, maka kita tidak perlu  mengeluarkan waktu dan biaya untuk membeli ubat atau pergi ke hospital.  Jadi kita harus selalu bersyukur dengan nikmat kesihatan yang di berikan Tuhan YME kepada kita semua. Ada berbagai tips yang berhubungan dengan kesihatan dan daya tahan tubuh. Lalu, apa saja tips menjaga daya tahan tubuh agar selalu sihat tersebut...???


BAHAYA TIDUR DALAM KEADAAN LAMPU MENYALA


http://sihatceria.com/info/wp-content/uploads/2013/03/tidur-dengan-lampu-menyala.jpeg


Tidur merupakan aktiviti rutin yang dilakukan oleh setiap orang setiap malam hari. Banyak sekali manfaat yang dapat kita peroleh dari tidur di malam hari hari tersebut. Beberapa manfaat tidur malam tersebut yaitu dapat merehatkan fizik dan fikiran kita setelah seharian beraktiviti yang terbilang padat. Ada sebagian orang yang tidur dengan lampu menyala dan ada pula yang tidur dengan lampu mati. Lalu, adakah bahaya dari tidur dengan lampu menyala bagi kesihatan tubuh anda...???


Friday, December 6, 2013

KESILAPAN KETIKA SARAPAN YANG BUATKAN KITA GEMUK!

















Kita sedia maklum bahawa sarapan merupakan hidangan paling penting dalam sehari. Namun jika tidak berhati-hati ketika memilih makanan sarapan, ini boleh menyebabkan berat badan bertambah!


Fikir sebelum makan
Mesti ramai di pejabat yang gemar bawa manisan untuk dikunyah ketika bosan bekerja. Sebelum anda ikut sama menambah kalori dalam badan, fikir sejenak, berbaloikah makan gula-gula dan berdepan risiko berat badan bertambah?


Sunday, November 10, 2013

HABIT HARIAN YANG MERANGSANG STRESS



Terdapat beberapa habit harian yang boleh merangsang dan menyebabkan stres, sama ada kita sedar atau pun tidak. Dengan menghindari atau menangani habit-habit ini, kadar stres seseorang itu dapat dikurangkan. Tidak dapat dinafikan, punca segala penyakit adalah stres kerana stres akan mengganggu sistem badan kita.

Di antara habit harian penyebab stres yang perlu diubah ialah:

1. Mengambil minuman untuk tenaga segera

Kajian yang dijalankan di University of Wisconsin, USA menunjukkan pelajar yang mengambil minuman untuk mendapat tenaga segera mengalami lebih stres dan mengganggu pembelajaran mereka. Ini kerana minuman tenaga segera mengandungi 3 kali ganda kafein berbanding air kopi biasa. Ini akan menyebabkan denyutan jantung menjadi cepat dan mengganggu tidur.

2. Menonton TV terlalu lama pada waktu petang

Menonton TV terlalu, iaitu melebihi 2 program atau berada melebihi 2 jam di depan TV pada waktu petang boleh menambah stres. Sebaik-baiknya, selepas menonton satu atau dua program TV, berjalan-jalan di keliling rumah atau melakukan senaman ringan selama 30 minit bagi membantu otak menangani stres dengan cara menambah pengeluaran norepinephrine iaitu bahan kimia di otak yang mampu mengurangkan stres.

3. Tidur lambat dan bangun terlalu awal


Bagi suri rumah atau ibu bekerja, yang perlu menguruskan rumahtangga sehingga terpaksa tidur lewat untuk memastikan urusan rumahtangga beres dan terpaksa pula bangun di awal pagi, selalunya mengalami stres kerana tidak cukup tidur. Ini menyebabkan badan tidak berapa bertindak terhadap kortisol iaitu hormon yang membantu mengawal atur sistem imun badan. Bagi menghindari stres, badan kita memerlukan tidur malam sekurang-kurangnya 6 jam bagi membolehkan badan membetulkan sistemnya semasa tidur dan berfungsi dengan normal. Tidur sekejap pada waktu siang sangat membantu menyegarkan badan yang letih, yang juga merupakan sunnah Nabi SAW.

4. Merokok

Orang yang cuba berhenti merokok tetapi masih mencuri-curi untuk merokok walaupun sekali sehari akan menyebabkan stres. Cara untuk mengelakkan ketagih merokok ini ialah dengan minum teh (terutamanya teh hijau). Teh mengandungi L-theanine yang tinggi, iaitu sejenis asid amino yang mampu menggalakkan rasa tenang. Selain itu, stres rasa nak merokok boleh dikurangkan dengan melakukan senaman ringan atau aktiviti fizikal yang lain, termasuklah yoga, tarik nafas panjang, dsb.

5. Makanan ringan

Pengambilan makanan ringan seperti coklat, kerepek, keropok, ais krim, dsb. adalah biasa bagi orang yang stres. Walaupun makanan yang banyak mengandungi lemak, garam dan gula ini boleh mengurangkan rasa stres, tetapi kesan buruknya, makanan ringan ini menyebabkan penambahan berat badan, diabetes Type-2, dan masalah kardiovaskular.

Di antara cara untuk mengurangkan pengambilan makanan ringan ini dengan mendengar muzik yang lembut dan perlahan atau bermain alat muzik yang diminati, yang mana boleh mengurangkan paras hormon stres, menurunkan tekanan darah dan memperlahankan kadar denyutan jantung. Bagi orang Islam, stres boleh dikurangkan dengan membaca al-Quran beserta maknanya dan berzikir dengan hati yang hadir.



Sumber

Friday, November 1, 2013

12 SEBAB MENGAPA HAID ANDA LEWAT

Risau sebab haid tidak datang? Kecuali anda memang merancang untuk hamil, haid yang lewat memang memeningkan kepala kebanyakan wanita.

Kehamilan adalah perkara pertama yang anda fikirkan sejurus haid anda lewat tetapi ia bukanlah satu-satunya sebab mengapa haid tidak datang. Dibawah terdapat 12 kemungkinan kenapa ia boleh terjadi:


Sunday, October 20, 2013

KENAPA ANTIBIOTIK PERLU DIHABISKAN?

Anda pernah dinasihat oleh doktor supaya menghabiskan antibiotik yang diberi? Kenapa? Mesti ada sebab tertentu kenapa ia perlu dihabiskan.


Kalau makan nasi tidak habis, sisanya boleh  diberikan pada ayam. Ayam suka  kerana dapat makan, manusianya juga terhindar dari risiko gemuk akibat makan berlebihan. Tapi kenapa kalau minum/makan  antibiotik tidak boleh ada yang disisakan?