Sebaik manapun sesuatu makanan itu, ia tetap akan memudaratkan kesihatan jika diambil secara "berlebihan" - Dr Andrew Weil

Wednesday, April 2, 2014

ELAK TIDUR SELEPAS MAKAN...



Anda pasti pernah mendengar nasihat, Jangan terus tidur selepas makan. Tidur selepas makan adalah tidak digalakkan sama sekali untuk mengekalkan kecergasan dan kecerdasan tubuh badan. Pada ruangan kali ini, saya ingin berkongsi sedikit info antara kesan negative tidur selepas makan.

Pertama, seperti yang kita ketahui, makanan mengambil masa untuk dihadam. Apa sahaja yang kita makan melalui mulut haruslah dihadam terlebih dahulu di dalam tubuh badan. Apabila kita tidur sebaik sahaja selepas makan,dalam posisi baring, ini sebenarnya melambatkan proses penghadaman.


Adalah penting untuk mempunyai postur yang baik supaya organ-organ pencernaan boleh bekerja secara optimum. Disebabkan kita dalam keadaan baring, badan kita sendiri memberi kesukaran kepada proses ini dan ini sememangnya akan memberi kesan negatif kepada tubuh badan seperti sukar untunk membuang air akibat makanan yang tidak lawas, serta tubuh badan menjadi lemah dan tidak segar.

Kedua, hasil sebuah kajian juga menunjukkan bahawa seharusnya badan kita berehat sekurang-kurangnya sejam selepas makan malam sebelum tidur kerana ia boleh mengurangkan risiko strok sebanyak kira-kira dua pertiga.

Tidur selepas makan sememangnya boleh meningkatkan risiko penyakit atau serangan strok kepada individu tersebut. Ini adalah kerana sistem pencernaan kita bekerja keras untuk mencerna ketika tidur dan secara langsung memberi kesan kepada peningkatan darah, kadar gula dan kolestrol yang menjadi punca kepada serangan strok.

Jadi,secara kesimpulannya, rehatkan dulu perut anda selepas makan. Jangan terus baring atau tidur!


sumber:  http://health.mylaunchpad.com.my/diet-nutrition/article/articleid/477288/elak-tidur-selepas-makan

No comments:

Post a Comment