Sebaik manapun sesuatu makanan itu, ia tetap akan memudaratkan kesihatan jika diambil secara "berlebihan" - Dr Andrew Weil
Showing posts with label kuruskan badan. Show all posts
Showing posts with label kuruskan badan. Show all posts

Sunday, February 16, 2014

KURUS TANPA UBAT-UBATAN


Selalu kita mendengar, orang nak kurus, makan berbagai-bagai ubat atau supplemen, sehingga harganya mencecah ribuan ringgit. Tapi kali ni saya nak kongsikan tips kuruskan badan tanpa ubat-ubatan. Jom kita tengok:


1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasaannya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

Tuesday, September 3, 2013

TIPS MENGURUSKAN BADAN DARI DR. HAMID ARSAT...



    Kali ini saya nak kongsikan tips menguruskan badan yang saya dapatkan dari doktor sakit puan , Dr. Hamid Arsat. Cubalah perhatikan baik-baik, moga ada menafaatnya....


"Pengalaman saya merawat pesakit2 yang gemuk/ obesity memang agak menghampakan kerana hampir 90% gagal menurunkan berat badan. Jika mereka turun sedikit berat akan naik baik ketahap asal atau melebihinya. Saya beri ubat adipex yang berkesan mengawal selera yang dimakan waktu sarapan pagi , perlu diingat ubat2 saperti adipex hanya boleh diamalkan selama 3 bulan sahaja dan jangan terlalu bergantung kepadanya. Disamping itu saya nasihatkan tentang kawalan makanan khususnya yang mengandungi gula dan karbohaidrat saperti nasi , roti, mee, kuih2, donut, biskut dan makanan junk. Saya juga tekankan tentang exercise, berjalan kaki , atau berkebun, atau basuh kereta atau bersih rumah selama 30 minit setiap hari."