Sebaik manapun sesuatu makanan itu, ia tetap akan memudaratkan kesihatan jika diambil secara "berlebihan" - Dr Andrew Weil

Tuesday, September 3, 2013

TIPS MENGURUSKAN BADAN DARI DR. HAMID ARSAT...



    Kali ini saya nak kongsikan tips menguruskan badan yang saya dapatkan dari doktor sakit puan , Dr. Hamid Arsat. Cubalah perhatikan baik-baik, moga ada menafaatnya....


"Pengalaman saya merawat pesakit2 yang gemuk/ obesity memang agak menghampakan kerana hampir 90% gagal menurunkan berat badan. Jika mereka turun sedikit berat akan naik baik ketahap asal atau melebihinya. Saya beri ubat adipex yang berkesan mengawal selera yang dimakan waktu sarapan pagi , perlu diingat ubat2 saperti adipex hanya boleh diamalkan selama 3 bulan sahaja dan jangan terlalu bergantung kepadanya. Disamping itu saya nasihatkan tentang kawalan makanan khususnya yang mengandungi gula dan karbohaidrat saperti nasi , roti, mee, kuih2, donut, biskut dan makanan junk. Saya juga tekankan tentang exercise, berjalan kaki , atau berkebun, atau basuh kereta atau bersih rumah selama 30 minit setiap hari."



Cuba amalkan panduan2 ini.

1. Habiskan makan selama 20 minit. Kunyah perlahan2 sampai makanan jadi lumat sebelum ditelan. Tempoh 20 minit untuk otak dapat signal perut sudah kenyang.


2. Lebihkan tidur satu jam dari biasa. Kurang tidur boleh menjadi lapar dan selera makan meningkat dan makanan2 sampingan menyumbang kepada kenaikan berat badan.


3. Cuba hidangkan 3 jenis sayuran untuk makan malam, hidangkan juga buah2. Masak sayur sekejap , suhu rendah dan kurangkan guna minyak. Sayur dan buah2 mengandungi banyak fiber , vitamin dan antioksiden serta kurang kalori yang menggemukkan .


4. Mulakan makan dengan buah2 diikuti soup sayur dan mushroom. Ia boleh mengenyangkan tanpa menggemukkan. Buat sendiri air stok ayam, daging atau ikan bilis untuk sup.


5. Jauhkan makan bergula dan yang dibuat dari tepung gandum. Makan 'whole grain' wheat. oat, barley dan brown rice.


6. Jauhkan fast foods, kentang goreng, deep fried chicken, burger, hot dog, nuggets.


7. Jauhkan semua jenis minuman soda, fizzy drink, soft drink dan juice dalam botol atau dalam kotak kerana terlalu banyak mengandungi  gula dan manisan.


8. Minum Teh hijau, ia mempunyai banyak khasiat kerana kandungan catechins dalam teh.


9. Makan dirumah dengan masakan sendiri sekurang2nya 5 kali dalam seminggu. Banyak faedah masak sendiri, boleh kawal kualiti dengan memilih makanan berzat dan berkhasiat, kurangkan belanja.


10. Amalkan 'berhenti rehat seketika waktu tengah makan' . Masa itu ia akan berasa kenyang.


11.  Amalkan kunyah 'chewing gum' ketika menonton TV atau  ketika melayari internet, ia bertujuan untuk mencegah dari makan junk foods. Orang gemuk kadangkala makan sedikit dihadapan orang lain tetapi dibelakang, atau senyap2 ia ulang makan.


12. Gunakan pinggan kecil (10') menggantikan pinggan besar (12') untuk mengurangkan muatan makanan yang diambil.


13. Bila makan direstoran, kongsi hidangan, order saiz makanan untuk kanak2, bungkus tapau separuh hidangan sebelum mula makan.


14. Bila rasa lapar dan menggeletar atau 'craving' makan segenggam campuran kacang almond, gajus dan peanuts dan minum air mineral. Orang gemuk sering ketagih atau 'craving' makanan yang manis. Makan buah2 atau kacang2 waktu ketagih jauhkan segala makanan manis dan karbohaidret.


15. Berjalan 30 minit sejauh 2 - 3 km, atau cabut rumput rumpai dihalaman rumah, bersihkan kereta atau dalam rumah.

sumber : Hamid Arsat

No comments:

Post a Comment