Sebaik manapun sesuatu makanan itu, ia tetap akan memudaratkan kesihatan jika diambil secara "berlebihan" - Dr Andrew Weil
Showing posts with label kencing manis. Show all posts
Showing posts with label kencing manis. Show all posts

Thursday, June 5, 2014

PERIA BAIK UNTUK PENGHIDAP KENCING MANIS



4 Jun – Apabila bercerita tentang buah peria pastinya ramai yang tidak menyukainya terutamanya golongan muda-mudi sekarang.

Peria atau nama saintifiknya Momordica charantia, adalah antara sayur yang paling mendapat perhatian pakar perubatan moden.

Meskipun rasanya yang pahit tidak digemari ramai, namun ia mempunyai banyak kebaikan. Antaranya khasiatnya ialah protein, lemak mineral, serat, karbohidrat, vitamin dan kalsium.

Peria ini juga bagus untuk mereka yang mengidap penyakit kencing manis, ini kerana peria elok diamalkan pengambilannya setiap hari kerana ia mengandungi insulin yang berfungsi mengawal kadar glukosa dalam darah.

Ia juga sesuai dijadikan jus minuman harian terutamanya sebelum sarapan.



 DAPATKAN TEH PERIA DI SINI!



sumber: https://my.entertainment.yahoo.com/news/peria-baik-untuk-penghidap-kencing-manis-025302448.html

Wednesday, September 18, 2013

PENAWAR KENCING MANIS MENURUT KAEDAH PERUBATAN ISLAM



Oleh: Muhd Rizal Baharom

Setiap penyakit itu pasti diturunkan sekali dengan penawarnya. Tetapi manusia mestilah berusaha untuk mencarinya. Ingatlah sabda Nabi SAW: "Bagi setiap penyakit ada ubatnya. Apabila betul ubatnya, maka sembuhlah dengan izin Allah." (Riwayat Muslim).

Kencing manis dikhabarkan ibu kepada segala penyakit. Kalau dah terkena, siaplah bermacam-macam penyakit lain yang akan datang. Sangat merbahaya dan sungguh menakutkan.