Pernahkah anda terdengar ura-ura yang mengatakan berat badan anda akan menaik dengan lebih mendadak sekiranya anda makan selepas 7 malam? Dengan itu, kita tidak digalakkan untuk makan di waktu malam dan ini mendorong kepada perut lapar di malam hari?
Apa yang dapat dikatakan ialah perkara ini adalah mitos sama sekali. Berat badan seseorang tidak mungkin akan menaik secara mendadak jika anda memakan makanan di waktu malam.
Tubuh badan kita adalah seperti sebuah kereta, di mana sebuah kereta memerlukan minyak untuk sentiasa berfungsi dengan sempurna. Sistem yang sama juga dapat diaplikasikan pada tubuh badan kita di mana tubuh badan kita memerlukan makanan untuk sentiasa berfungsi dan bertenaga. Dengan ini, kita tak boleh menghalang diri kita daripada memakan makanan di waktu malam jika perut kita kosong. Untuk menghasilkan tenaga untuk badan kita, makanan yang dimakan dan lemak-lemak akan dibakar supaya ia dapat menghasilkan tenaga untuk disalurkan kepada tubuh badan kita.
Tubuh badan kita tidak mengamalkan sistem penghadaman yang berbeza sekiranya hari masih siang ataupun gelap. Apa yang membezakan antara makan di waktu siang dan waktu malam ialah aktiviti yang kita lakukan pada waktu itu. Bagi kebanyakan orang, mereka lebih cenderung untuk berehat di waktu malam tanpa melakukan sebarang aktiviti berat, dan dengan ini makanan yang telah mereka ambil susah untuk dihadam kerana kekurangan penggunaan tenaga. Dengan itu, ia akan memperlahankan sistem penghadaman tubuh badan kita dan secara langsung melambatkan proses pembakaran lemak.
Selain itu, antara faktor bagi mereka yang sering meningkat berat badan ini adalah kerana mereka mengamalkan pemakanan secara "tidak waras". Ini bermaksud mereka makan sambil menonton tv ataupun komputer. Tabiat ini kurang sihat kerana mereka bukannya makan kerana lapar tetapi disebabkan berasa bosan, dan mereka akan terus makan sehingga lah tibanya waktu tidur mereka. Selain itu, pemilihan kudapan yang salah menyumbang kepada peningkatan berat badan.
Sumber: Kevin Zahri
No comments:
Post a Comment