Kombinasi kentang lenyek diperap sos keju, kentang goreng berempah, kentang barbeku diperam krim masam dan kepingan chip kentang rangup, segala-galanya tentang kentang sangat menggemukkan. Benarkah begitu? Khasiat ubi kentang yang cukup terkenal dengan julukan ‘kacang bumi’ ini seringkali mengisi menu enak di restoran makanan segera, lantas membuatkan ramai beranggapan ia musuh diet yang patut dijauhi.
BERDIET DENGAN KENTANG
Jika kena pada gaya masakannya, pemakanan kentang mampu menggantikan makanan ruji seperti nasi dan roti. Pelbagai khasiat ubi kentang terhadap kualiti kesihatan telah ditemui, antaranya;
- Potassium, dua kali ganda berbanding pisang
- Vitamin C, sumber kedua selepas buah oren
- Vitamin B1, B2, B3
- Zat lysine untuk pertumbuhan badan dan otak
- Pembekal karbohidrat kompleks dan fiber kepada gula darah
- Pengawal tekanan darah
- Turut mengandungi protein dan zat besi
Tidak seperti buah-buahan sitrus, pengambilan vitamin C di dalam kentang tidak mudah hilang setelah dimasak kerana dikelilingi kanji dan sari pati. Justeru, kentang merupakan pilihan terbaik buat anda yang sedang mengatur pola pemakanan, lantaran kandungan nutrien yang mencukupi untuk tubuh badan. Namun begitu, ia perlu diambil dalam kuantiti yang tepat kerana kentang turut tergolong dalam kategori karbohidrat.
Dengan kadar jumlah lemak di bawah paras 25%, pemakanan kentang mampu menghalang mendapan kolestrol di dalam lapisan pembuluh darah. Ini menjadikan sayuran ini begitu sempurna buat anda yang kekurangan gula dalam darah, tetapi menghidap penyakit darah tinggi. Selain itu, kentang turut menjamin sistem ketahanan badan, lantaran kandungan vitamin serta kalsium yang tinggi di dalamnya. Terdapat juga bahan di dalam isi kentang yang mampu meneutralkan virus carcinogens, dan dipercayai lebih efektif berbanding kacang soya. Kulitnya pula kaya dengan clorogenic polypherol, bagi membantu mengelakkan mutasi sel.
MITOS TINGGI LEMAK
Di sebalik gaya masakannya yang begitu versatil, ubi kentang turut berdepan krisis imej yang besar. Ramai yang beranggapan kentang mampu menggemukkan badan pabila melihatkan menu-menu tidak sihat seperti ‘french fries’, ‘potato chips’, kentang bakar dan sebagainya. Namun begitu, kentang sebenarnya cukup berkhasiat, malah turut tergolong sayuran yang bebas lemak. Yang membezakan nutrien dari hidangan berasaskan kentang hanyalah dari bagaimana cara anda menyediakannya.
Senipis-nipis kulitnya, disitulah tersembunyi nutrien penting untuk kesihatan. Jadi, usah dikupas kulit kentang, tetapi pelbagaikanlah gaya masakan anda seperti memanggang, melenyek, merebus, stim dan gril kerana ia begitu enak dimakan begitu sahaja.
TIP MEMILIH KENTANG
-Pilih yang berbau harum.
-Elakkan yang sudah ditumbuhi ‘mata’ atau berwarna hijau kelebaman.
-Carilah kentang segar dengan kulit yang tipis.
-Simpan kentang di tempat yang sejuk, gelap dan kering, sebaiknya di dalam beg kertas serta jauh dari simpanan bawang-bawang.
-Cahaya mentari mampu membuatnya bertukar kehijauan, manakala suhu di dalam peti sejuk menukar kanji kentang kepada gula.
sumber: dietcyberstore
No comments:
Post a Comment