Sebaik manapun sesuatu makanan itu, ia tetap akan memudaratkan kesihatan jika diambil secara "berlebihan" - Dr Andrew Weil
Showing posts with label berat badan. Show all posts
Showing posts with label berat badan. Show all posts

Tuesday, May 28, 2013

MITOS MAKAN MALAM



Pernahkah anda terdengar ura-ura yang mengatakan berat badan anda akan menaik dengan lebih mendadak sekiranya anda makan selepas 7 malam? Dengan itu, kita tidak digalakkan untuk makan di waktu malam dan ini mendorong kepada perut lapar di malam hari?


Apa yang dapat dikatakan ialah perkara ini adalah mitos sama sekali. Berat badan seseorang tidak mungkin akan menaik secara mendadak jika anda memakan makanan di waktu malam.


Tubuh badan kita adalah seperti sebuah kereta, di mana sebuah kereta memerlukan minyak untuk sentiasa berfungsi dengan sempurna. Sistem yang sama juga dapat diaplikasikan pada tubuh badan kita di mana tubuh badan kita memerlukan makanan untuk sentiasa berfungsi dan bertenaga. Dengan ini, kita tak boleh menghalang diri kita daripada memakan makanan di waktu malam jika perut kita kosong. Untuk menghasilkan tenaga untuk badan kita, makanan yang dimakan dan lemak-lemak akan dibakar supaya ia dapat menghasilkan tenaga untuk disalurkan kepada tubuh badan kita.


Thursday, February 21, 2013

KURANGKAN BERAT BADAN...




Tahukah anda?
Dengan menurunkan berat badan mampu mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 4%, mengelakkan strok sehingga 1.3%, mengurangkan masalah tekanan darah tinggi sekurang-kurangnya 15%, dapat mengatasi penyakit insomnia sehingga 26%, dan mengurangkan penyakit diabetes sebanyak 58%.

sumber:  sitik's

Thursday, February 7, 2013

EPAL OH EPAL....



Seseorang
yang mengamalkan makan buah epal sebelum makan mampu mengurangkan kenaikan berat badan sebanyak 33% berbanding dengan orang yang tidak mengamalkannya.

sumber:  sitik's