Sebaik manapun sesuatu makanan itu, ia tetap akan memudaratkan kesihatan jika diambil secara "berlebihan" - Dr Andrew Weil

Wednesday, April 2, 2014

ELAK TIDUR SELEPAS MAKAN...



Anda pasti pernah mendengar nasihat, Jangan terus tidur selepas makan. Tidur selepas makan adalah tidak digalakkan sama sekali untuk mengekalkan kecergasan dan kecerdasan tubuh badan. Pada ruangan kali ini, saya ingin berkongsi sedikit info antara kesan negative tidur selepas makan.

Pertama, seperti yang kita ketahui, makanan mengambil masa untuk dihadam. Apa sahaja yang kita makan melalui mulut haruslah dihadam terlebih dahulu di dalam tubuh badan. Apabila kita tidur sebaik sahaja selepas makan,dalam posisi baring, ini sebenarnya melambatkan proses penghadaman.

KEAJAIBAN BUAH LEMON...



Buah lemon merupakan buah yang sangat kaya dengan zat anti bacteria, anti-virus, kalsium, magnesium, vitamin C, pectin dan limonene yang mampu untuk mengekalkan kekebalan tubuh dan juga untuk melawan infeksi. Tahukah anda bahawa buah lemon sangat baik untuk menurunkan berat badan? Sebenarnya buah lemon mempunyai manfaat yang dapat menurunkan berat badan kerana jus lemon dapat melancarkan sistem pencernaan kita serta bertindak sebagai pembersih hati. Berikut adalah antara kebaikan dan manfaat buah lemon:


Monday, March 17, 2014

KEBAIKAN JAGUNG DAN KANDUNGAN GIZINYA



Jagung adalah makanan kebiasaan yang dimakan oleh setiap individu. Kebiasaannya, jagung dimasak dengan cara merebus atau membakar. Di beberapa daerah di Indonesia, jagung sering dijadikan sebagai makanan alternatif untuk menggantikan nasi kerana ia mengandungi karbohidrat yang tinggi. Jagung kaya dengan serat, karbohidrat, vitamin B dan C, karoten, zat besi, magnesium, fosforus, omega 6, dan lemak tak tepu yang dapat membantu menurunkan kolesterol.


JANGAN MINUM SAMBIL MAKAN





Perut adalah pusat kebanyakan penyakit. Kebanyakan pakar perubatan mempunyai pendapat yang sama bahawa banyak penyakit datang daripada tabiat pemakanan kita dan ubat yang paling mujarab untuk mencegah penyakit adalah dengan menjaga dan mengawal makan. Kebiasaannya, masalah yang melibatkan makanan yang dimakan dan bahagian dalam perut adalah masalah pencernaan.

KESAN DIET TINGGI PROTEIN


Kesan Diet Tinggi Protein

Protein adalah salah satu menu dalam makanan seimbang selain karbohidrat, lemak, fiber dan lain-lain. Pengambilan protein dicerna sama seperti makanan lain. Penghadaman dilakukan dan protein akan dipecahkan mengikut kepada zarah yang lebih kecil yang dipanggil asid amino. Diet tinggi protein amat popular dikalangan individu yang ingin mengurangkan berat badan kerana ia mungkin dapat membantu rasa kenyang yang lebih lama dan membantu menstabilkan paras gula dalam darah. Walaupun begitu, ia juga terdapat kesan yang tidak elok jika mengambilnya secara berlebihan. Tubuh manusia tidak boleh menyimpan protein yang berlebihan. Hal ini mungkin boleh menyumbang kepada beberapa perkara seperti berikut:-