Sebaik manapun sesuatu makanan itu, ia tetap akan memudaratkan kesihatan jika diambil secara "berlebihan" - Dr Andrew Weil
Showing posts with label makanan berbahaya. Show all posts
Showing posts with label makanan berbahaya. Show all posts

Tuesday, May 28, 2013

MAKANAN YANG MENDATANGKAN BAHAYA....



Sering kali kita mendengar bahawa pemakanan yang sihat terdiri daripada mengamalkan makanan yang sihat terutamanya sayur-sayuran dan buah-buahan. Walaupun begitu, adakah kesemua jenis sayur dan buah ini baik untuk tubuh badan kita? Dan haruskah kita mengamalkan pengambilan sayur-sayuran itu setiap hari?


Bagi mereka yang gemar memakan sayur-sayuran dan buah-buahan, sudah pasti mereka pernah memakan biji benih dan biji buah-buahan itu sendiri. Kajian menunjukkan bahawa biji benih dan biji mengandungi sebuah bahan yang diberi nama amygdalin. Bahan ini jika pengambilannya diambil di dalam kuantiti yang banyak, ia akan menghasilkan hidrogen sianida yang mungkin akan berakhir dengan maut. Buah-buahan seperti epal, mangga dan pic mengandungi asid itu. Tetapi jika tertelan biji itu dengan cara tidak sengaja, ia tidak mendatangkan apa-apa bahaya kerana ia memerlukan amaun yang banyak untuk melakukan reaksi.


Selain itu, ubi kentang yang telah bertukar menjadi hijau juga mendatangkan bahaya. Warna hijau mula muncul di kulit ubi kentang ini terjadi kerana terlalu didedahkan kepada cahaya. Toksik mungkin telah terhasil di bahagian bawah kulit ubi kentang berwarna hijau itu. Jika individu termakan bahagian itu, ia mungkin mendatang kesan seperti sakit kepala, mual dan cepat letih. Hal ini boleh dielakkan melalui menyimpan ubi kentang di dalam tempat yang kering dan gelap.


Kacang merah mentah juga berbahaya kerana ia mengandungi toksin yang dipanggil lectins. Toksin ini akan mendatangkan kesan seperti mual, muntah-muntah dan perut memulas. Perkara ini boleh dielakkan dengan cara memasak kacang merah ini dulu. Ubi kayu merupakan salah satu makanan karbohidrat yang paling tinggi amaun pengambilannya di dunia. Akan tetapi, ubi kayu ini mengandungi cyanogenic glycosides secara semula jadi. Hal ini kerana asid itu bertujuan untuk melindungi tumbuhan. Langkah terbaik untuk membuang asid itu adalah dengan menjemur, merendamnya di dalam air ataupun memasaknya selepas dipetik.


Penting bagi kita untuk mengambil tahu jenis toksin dan asid yang wujud di dalam makanan kita dan apakah kesannya jika berlarutan. Dengan cara ini, kita dapat mengelakkan daripada perkara yang tidak diingini berlaku.

"Ilmu penyuluh jalan"

sumber: Kevin Zahri


Wednesday, May 30, 2012

MAKANAN KEBIASAAN KITA YANG MEMUDHARATKAN




Pernah tak kita terfikir makanan yang selama ni kita makan, ada keburukannya, tambah-tambah lagi seorang pelajar. Yang duduk di asrama memang tak ada kesempatan nak masak.  Harap kan makanan dekat kafe atau dewan selera je. Kalau duit pinjaman atau duit belanja yang mak ayah bagi tak mencukupi terpaksa ikat perut. Jalan terbaik untuk berjimat ialah makanan segera yang memang mudah di masak dan yang paling penting murah.


Mee Segera

 
Tahu tak kenapa mee segera boleh tahan lama dalam keadaan keras dan akan menjadi lembut apabila direndam dengan air panas? Ini disebabkan oleh kandungan wax (lilin) dalam mee tersebut yang membolehkannya tahan lama. Katakanlah, hari ini anda makan mee segera , dan esoknya anda terasa nak makan mee segera lagi, jangan makan ok?.
Pastikan anda makan 3 hari berikutnya kerana wax mengambil masa selama 3 hari untuk dihadam. Bayangkanlah kalau anda makan mee segera setiap hari, berapa banyak kandungan wax yang terkumpul dalam perut anda. Dan ini sebenarnya boleh menyebabkan kanser yang boleh membawa maut.



Sardin


 
Pemerhatian pertama atau kes pertama yang digunakan sebagai bahan bukti betapa buruknya amalan makan sardin ialah ketumbuhan fibroid di dalam rahim. Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian- pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan sudah cukup tempuhnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser sama ada benign atau malignan.

ps:
benign : tumor yang tidak merebak
malignan: kanser yang merebak


Minuman 3 in 1 


 


Persatuan Pengguna Pulau Pinang(CAP) mendakwa seorang yang minum sebanyak 20 gelas 3 in 1 dalam masa sebulan berpotensi untuk menghidap lebih dari 60 jenis penyakit kronik. Berdasarkan kajian yang telah dibuat sejak 10 tahun lalu ke atas satu pek minuman coklat 3 in 1 seberat 28 gram,terdapat 55.6 % kandungan gula di dalamnya yang bersamaan 3 sudu teh manakala kopi (20 gram) ialah sebanyak 51.5 % kandungan gula bersamaan dengan dua sudu teh gula. Besar kemungkinan kadar kandungan gula yang dimasukkan dalam pek itu kini ditambah sebanyak dua kali ganda selain krimer.


Panadol


 
Panadol adalah ubat yang bertoksik kepada tubuh manusia. Ia akan merosakkan organ hati dan Panadol akan tinggal di dalam tubuh manusia selama sekurang-kurangnya 5 tahun.Panadol ni sebenarnya adalah sejenis “painkiller”, semakin banyak kita consumed, semakin kurang kesannya pada badan kita. Bererti kita perlukan dos yang lebih lagi bila ia kurang berkesan .

Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka yang terpaksa melahirkan anak secara bedah, ubat tahan sakit yang diberi mestilah tinggi dosnya. Tapi kalau terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup dos ubat tahan sakit yang diberi tadi akan memberikan kesan sifar terhadap kesakitan yang kita alami dan kita perlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit.




Seboleh bolehnya elakkan 4 jenis makanan
di atas. Cari makanan alternatif lain macam roti, biskut, dan lain lain yang bukan makanan segera. Sayangi diri kita, kalau dah sakit nanti lagi banyak duit yang kita kena keluarkan.




sumber: selangor2u.com