Tabiat
pemakanan kita pada hari ini akan memberi kesan yang sangat besar
apabila kita semakin berusia kelak. Apabila membabitkan soal makanan,
sebenarnya banyak peraturan yang harus dipatuhi bagi memastikan kita
kekal sihat dan terhindar dari pelbagai penyakit. Mungkin kita tidak
sedar terdapat beberapa perkara yang dilakukan selepas makan akan
memudaratkan tubuh badan kita. Berikut dikongsikan 8 larangan selepas
makan yang baik untuk diamalkan bersama:
1. Jangan makan buah-buahan
Makan
buah-buahan sejurus selepas mengambil makanan berat akan menyebabkan
perut kembung. Untuk pemakanan yang lebih sihat, buah-buahan boleh
diambil 1 hingga 2 jam selepas makan atau seeloknya 1 jam sebelum makan.
2. Jangan minum teh
Elakkan
minum air teh khususnya teh ais sejurus selepas makan. Daun teh
mengandungi kandungan asid yang tinggi, ia akan menyebabkan kandungan
protien dalam makanan yang dimakan sukar untuk dihadam.
3. Jangan minum ais
Minum
air yang mengandungi ais sebelum, semasa dan selepas makan akan
melambatkan proses pencernaan perut kerana air sejuk akan membekukan
makanan berminyak yang baru dimakan. Apabila lemak-lemak ini terbentuk
di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran sehingga menyebabkan
lemak berkumpul dan mengundang pelbagai penyakit terutama kanser dan
serangan jantung.
4. Jangan merokok
Kajian
daripada pakar menunjukkan bahawa kesan menghisap sebatang rokok
selepas makan sama kesannya dengan menghisap 10 batang rokok. Ia
menyebabkan risiko untuk mendapat pelbagai penyakit lebih tinggi.
Walaubagaimanapun, merokok tetap membahayakan kesihatan, berhenti
merokok adalah lebih baik.
5. Jangan banyak berjalan
Hakikatnya
berjalan kaki elok untuk kesihatan jantung, tetapi pada masa yang sama
ia tidak elok untuk penghadaman makanan. Berjalan akan menyebabkan
kesukaran bagi sistem penghadaman untuk menyerap nutrisi yang terkandung
dalam makanan yang diambil.
6. Jangan melonggarkan tali pinggang
Melonggarkan
tali pinggang selepas makan secara tiba-tiba boleh menyebabkan usus
terbelit dan tersekat. Kes sebegini kerap dilakukan kerana berasa
terlalu kenyang selepas makan. Jika ingin longgarkan tali pinggang,
seeloknya lakukan sebelum makan.
7. Jangan mandi
Mandi
selepas makan akan menyebabkan peningkatan aliran darah ke tangan dan
menyebabkan jumlah darah sekitar perut akan berkurangan. Ia bukan sahaja
akan melemahkan sistem pencernaan di dalam perut malah boleh membuat
kita buncit.
8. Jangan terus tidur
Jangan
terus tidur atau baring sebaik sahaja selepas makan. Selain akan
menyebabkan kenaikan berat badan ia juga boleh mengundang gastrik di
dalam usus kerana ketika tidur, penghadaman tidak dapat dilakukan dengan
baik.
Ingat, kesannya akan terlihat selepas jangkamasa panjang. Jadi lebih baik kita menghindarkannya daripada menanggungnya.
sumber: trymasak.my
Ingat, kesannya akan terlihat selepas jangkamasa panjang. Jadi lebih baik kita menghindarkannya daripada menanggungnya.
sumber: trymasak.my
No comments:
Post a Comment