Tabiat
pemakanan kita pada hari ini akan memberi kesan yang sangat besar
apabila kita semakin berusia kelak. Apabila membabitkan soal makanan,
sebenarnya banyak peraturan yang harus dipatuhi bagi memastikan kita
kekal sihat dan terhindar dari pelbagai penyakit. Mungkin kita tidak
sedar terdapat beberapa perkara yang dilakukan selepas makan akan
memudaratkan tubuh badan kita. Berikut dikongsikan 8 larangan selepas
makan yang baik untuk diamalkan bersama:
1. Jangan makan buah-buahan
Makan
buah-buahan sejurus selepas mengambil makanan berat akan menyebabkan
perut kembung. Untuk pemakanan yang lebih sihat, buah-buahan boleh
diambil 1 hingga 2 jam selepas makan atau seeloknya 1 jam sebelum makan.