Batu hidung atau Rhinolith ialah struktur macam batu di dalam rongga hidung dalam. Ia boleh menyebabkan rasa sakit, bengkak atau selesema yang luar biasa. Ia mengandungi mineral seperti kalsium dan keras. Ia mula membesar kerana infeksi beberapa jenis bakteria yang menggalakkan pertumbuhan batu ini. Kesan yang nyata ialah kurang deria bau.
Rawatannya
Ia boleh dirawat dengan cara membuang batu hidung ini dan mencegah jangkitan kuman pada bahagian hidung tersebut. Kemungkinan tumbuh semula agak besar jika masih banyak bakteria terdapat di dalam hidung yang tidak dirawat dengan antibiotik.
No comments:
Post a Comment