Sebaik manapun sesuatu makanan itu, ia tetap akan memudaratkan kesihatan jika diambil secara "berlebihan" - Dr Andrew Weil

Saturday, February 9, 2013

JANGAN TAHAN BERSIN...



Tahukah anda bersin berkelajuan 161 km/jam. Jika anda tahan bersin bermakna tubuh anda terpaksa menahan kelajuan tersebut secara tiba-tiba yang boleh memudaratkan.



Sebab itu Islam juga suka kepada bersin dan sebaik-baiknya dikeluarkan habis, dengan syarat perlu ditutup mulut supaya kuman yang dikeluarkan semasa bersin tidak berjangkit kepada orang lain.

Hadis:

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda yang mafhumnya:

“Sesungguhnya Allah menyukai bersin, dan membenci menguap. Maka apabila seseorang itu bersin, lalu dia memujilah Allah (dengan mengucapkan “الْحَمْدُ لِلَّهِ”) maka bagi setiap Muslim yang mendengarnya adalah menjadi tanggungjawabnya untuk mendoakannya (mendoakan saudaranya yang bersin iaitu dengan menyebut “يَرْحَمُكَ اللهُ” (semoga Allah memberi rahmat kepadamu)). Manakala menguap, ia adalah dari Syaitan. Maka apabila seseorang daripada kamu menguap, tahanlah ia dengan sedaya upaya. jika dia menguap sampai berbunyi “Haaa” maka Syaitan akan mentertawakannya.” (HR al-Bukhari, no. 5755)

sumber: sitik's

No comments:

Post a Comment