Sebaik manapun sesuatu makanan itu, ia tetap akan memudaratkan kesihatan jika diambil secara "berlebihan" - Dr Andrew Weil

Wednesday, October 9, 2013

HINDARI 7 HABIT INI SELEPAS MAKAN...


http://sitik.files.wordpress.com/2013/10/selepas-makan.jpg
Berikut adalah 7 habit biasa
yang perlu dihindari selepas saja selesai makan (pagi/tengah hari/malam) kerana ia memberi kesan yang kurang baik terhadap kesihatan dan sistem penghadaman kita. Ini adalah berdasarkan kepada beberapa kajian yang dijalankan oleh pakar pemakanan.


Wednesday, September 25, 2013

Pantang Larang Dalam Pemakanan Untuk Kesihatan Tubuh Badan



Sering kali kita terdengar pantang larang dalam pemakanan seharian. Antaranya adalah seperti jangan meminum air berselangan dengan suapan makanan ataupun jangan memakan buah-buahan selepas sesuatu hidangan. Adakah pantang larang ini boleh diguna pakai? Dan adakah pantang larang ini boleh membantu kita dalam proses menurunkan berat badan? Di sini kami akan menyenaraikan jenis-jenis pantang larang dalam pemakanan yang boleh membantu untuk menurunkan berat badan. 



UNTUK LELAKI: APA KEPENTINGAN KUATKAN PEHA DAN KAKI?


Untuk Lelaki : Apa kepentingan kuatkan peha dan kaki?
Secara saintifiknya, otot peha adalah otot yang paling besar dan paling kuat dalam badan manusia, ia penting untuk memperkukuhkan posisi dan kestabilan badan ketika berdiri, berjalan, berlari mahupun dalam melakukan apa sahaja aktiviti fizikal. Jadi khas untuk lelaki, apa kebaikanya jika anda sentiasa berusaha untuk menguatkan otot kaki dan peha ini?


1. Meningkatkan prestasi hubungan kelamin
Pernah anda dengar tentang urutan cakar harimau atau apa – apa senaman dan urutan untuk mempertingkatkan prestasi tenaga batin bagi lelaki?


MENFAAT KESIHATAN DENGAN SECAWAN KOPI



Ramai yang tidak sedar bahawa minuman kopi mempunyai banyak manfaat kepada kesihatan. Banyak kajian telah dilakukan oleh para saintis dan mereka telah mendapati pelbagai penemuan yang menakjubkan mengenai kopi serta kesan positifnya terhadap kesihatan.



Setelah dijadikan minuman, nutrien yang terdapat dalam biji kopi kebanyakkannya masih terus kekal dan hadir dalam minuman itu. Kopi secara amnya mengandungi kandungan vitamin dan mineral yang agak tinggi. Dalam secawan kopi, anda akan mendapat khasiat dari Asid Pantotenik (Vitamin B5), Riboflavin (Vitamin B2), Niasin (B3), Thiamin (B1), Kalium dan Mangan. Bukan itu sahaja, kopi juga mengandungi begitu banyak antioksidan sehinggakan melebihi kandungan antioksidan yang terdapat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran. 



BOLEHKAH BERSENAM KETIKA SAKIT?




Bagi mereka yang sudah terbiasa bersenam setiap hari, mungkin mereka terasa janggal apabila tak dapat menjalankan rutin harian mereka. Tubuh badan berasa gatal-gatal ingin mengeluarkan peluh tetapi penjaga mahupun pasangan mereka melarang daripada melakukan senaman dan mencadang mereka untuk berehat sahaja. Di sini, terdapat beberapa jenis senaman yang boleh dilakukan walaupun ketika anda didalam keadaan yang kurang sihat. 


Bagi mereka yang mengalami sakit-sakit ringan seperti selsema, batuk-batuk mahupun sakit tekak, mereka boleh mengamalkan "low-intensity workout". Dengan kata lain, "low-intensity workout" ialah senaman yang tidak berat seperti angkat berat dan senam robik kerana ia memberi kesan buruk kepada sistem imunisasi badan atau sistem pernafasan badan. Jenis-jenis senaman "low-intensity workout" ialah seperti berjalan, tai-chi, yoga dan juga senaman air.